SEKILAS FAKTA GURU SMKPS

oleh : Mustaffa Siraj

MANTAP...Sebahagian guru SMKPS

MANTAP...Sebahagian guru SMKPS

  • SMKPS mempunyai  4 orang Guru Cemerlang. Mereka ialah Encik Mohd Khamsuldin, Encik Ahmad Fadzil, Encik Kamarul Hisham dan Encik Mashudi  – yang terbanyak dalam kalangan SMK di Batu Pahat
  • 2 orang guru berikut hebat dalam  memasak – Tuan Haji Ramlan dan Puan Rohaya. Mereka banyak menerima tempahan memasak makanan untuk jamuan. Mereka sedia menerima tempahan.
  • Encik Razak  Rahman, Guru Penolong Kanan SMKPS mengusahakan ternakan lembu. Berita tentang ternakan lembu beliau keluar dalam akhbar Utusan Malaysia tahun lalu. Pengusaha gigih beliau ini.
  • Tuan Haji Rahman Ithnin mengusahakan pembuatan  biskut hari raya, juga kek untuk majlis kahwin. Beliau banyak menerima tempahan sehingga tidak menang tangan. Laris…
  • Tuan Haji Rahim Anis berkelulusan Master, manakala Encik Mohd Khamsuldin sedang menyiapkan Master di UTM.
  • Tuan Haji Zainal Musni, Penolong Kanan HEM merupakan lulusan Kursus Kepengetuaan (NPQH) dari IAB.
  • Ustaz Hasanin pemilik Ijazah Kelas Pertama dari Universiti al- Azhar, Mesir. Ustaz Mohd Pauzan pula lulusan Universiti Jordan.
  • Ada  8 `Pak Haji’  kat SMKPS. Mereka ialah Haji Zainal, Haji Pauzan, Haji Hasanin, Haji Rahim, Haji Ramlan dan Haji Norman, Haji Sharudin dan Haji Rahman.
  • Ada 3  `Mak Haji’. Mereka ialah Hajah Salbiah , Hajah Jasayah dan Hajah Fatimah Sharah.

– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to SEKILAS FAKTA GURU SMKPS

  1. SMKPS says:

    Kepada amoi:
    Sebagai pemerhati, saya berhak beri komen… dan bukan niat saya nak angkat-angkat sesape.. Lagipun I tak kuat nak angkat you, apatahlagi inova you….
    Yang baik kita uar-uarkan, kalau dapat banyak tempahan, bagi saya 5 percent pun jadik!!! Kih kih kih

    Kepada Salina:
    Saya tolong promosi guru2 SMKPS, urusan selanjutnya kena deal dengan mereka… Mana yang nak kahwin ke, boleh runding dg mrk… kihkihkih
    ustaz Hasanin mmg dasat, awet muda lagi…

  2. salinasaid says:

    2 orang guru berikut hebat dalam memasak – Tuan Haji Ramlan dan Puan Rohaya. Mereka banyak menerima tempahan memasak makanan untuk jamuan. Mereka sedia menerima tempahan
    WAH LEYLA WAT TMPAHAN TIME MAJLIS EHEM2 TI….

    # Tuan Haji Rahman Ithnin mengusahakan pembuatan biskut hari raya, juga kek untuk majlis kahwin. Beliau banyak menerima tempahan sehingga tidak menang tangan. Laris…
    NAK RAYE NI MESTI MASYUK EK!!! LEYLA MINTAK DUIT RAYER LEBIH!!! KOPEM DTG RAYE PTAME TI…TUNGGU YER KDATANGANKU…JGN SEMBUNYI LAK!!!HIHI
    OYER, PNDAI X WAT KEK SIFON TOK MAJLIS KHWIN@TUNAG?

    Ustaz Hasanin pemilik Ijazah Kelas Pertama dari Universiti al- Azhar, Mesir. Ustaz Mohd Pauzan pula lulusan Universiti Jordan
    HEBAT!!!! TAHNIAH….DASAT TOL USTZ NI….KIM SLM KAT CKG SARIMAH YER USTZ…..

  3. amoi says:

    jangan le puji lebih-lebih, malu i. lagipun sapa le i nie yang banyak kekurangannya, saya budak baru belajar u.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s