TAZKIRAH KE ARAH INSAN BERIMAN

oleh  : Mustaffa Siraj

  • Perbanyakkan Salawat ke atas Nabi Muhammad (saw).  Nabi bersabda bahawa barangsiapa yang membaca salawat sekali padaku, maka Allah akan memberi rahmat kepadanya 10 kali (HR Muslim).
  • Perbanyakkan istighfar (Astaghfirullah), sewajarnya 70 kali sehari, atau lebih. Mudah-mudahan akan menghapuskan dosa, menghilangkan kesedihan dan kesulitan , dapat mengubat penyakit hati dan memudahkan rezeki. Insya-Allah.
  • Perbanyakkan bersabar menghadapi dugaan hidup. Janganlah masalah dalam kehidupan menjadikan kita beremosi, marah-marah dan hilang kewarasan. Seelok-eloknya banyak berzikir, mengambil air solat dan berdoa agar terhindar masalah.
  • Perbanyakkan bertawakal kepada Allah. Bertawakal di sini setelah kita berusaha. Sebagai contoh, jika kita hendak meninggalkan rumah, pastikan semuanya dikunci dan disimpan dengan selamat, baru bertawakal. Banyak ayat Quran menyeru kita bertawakal atau berserah diri kepada Allah, agar hidup beroleh keberkatan.
  • Tuntutlah ilmu tanpa jemu. Hadith Nabi bermaksud – `Pelajarilah ilmu pengetahuan kerana dapat menjadi orang bertakwa, menuntut ilmu akan mnjadi ibadah, membahas ilmu adalah seperti berjihad di jalan Allah dan mengajar ilmu kepada orang yang tidak mengetahui akan menjadi sedekah’- al-Hadith
  • Kita digalakkan berbuat baik dan bersilaturahim sesama manusia. Hadith bermaksud- ‘Amalan bersilaturahim akan mendekatkan diri kepada syurga dan menjauhkan daripada neraka’- al-Hadith
  • Hendaklah kita berbuat baik kepada ibu bapa. Ikut permintaan mereka yang baik, jangan berkasar, layani dengan lemah lembut dan balas budi dan jasa mereka kepada kita, agar kehidupan kita mendapat barakah dan rahmat daripada Allah.
  • Islam menganjurkan kesucian dan kebersihan lahir batin. Pastikan bilik kita, rumah kita dan persekitaran kita dalam keadaan bersih (kebersihan persekitaran). Diri kita juga perlu bersih – Gosok gigi, bersabun, mandi, mengerat kuku dan memakai pakaian/kasut yang bersih -perlu dijadikan amalan
  • Menurut Hadith Nabi riwayat Bukhari, 7 golongan yang mendapat naungan Allah pada hari Kiamat:  Pemimpin yang adil, pemuda yang bergerak dalam peribadatan kepada Allah, seseorang yang hatinya terikat kepada masjid,dua orang lelaki yang saling berkasih sayang kerana Allah. orang yang ingat Allah ketika bersendirian hingga mengalirkan air mata, lelaki yang diajak berbuat maksiat oleh wanita tetapi dia menolak kerana takutkan Allah, dan yang ketujuh, orang yang bersedekah tetapi tidak diketahui orang lain.

Sama-sama kita meningkatkan takwa dan iman.

-Petikan Buku Bimbingan Sepanjang Hayat, Jasmin Enterprise, KL

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to TAZKIRAH KE ARAH INSAN BERIMAN

  1. SMKPS says:

    Di sek. gr berusaha membaiki akhlak pelajar, tetapi sejauh mana pelajar menghayati. Sbg contoh, gr menyuruh pelajar solat dll, adakah pelajar melakukannya di rumah.
    Buku memang banyak, tetapi sama ada mereka lebih fokus kepada peperiksaan atau tdk berminat membaca.
    Tarikan untuk buat dosa dan maksiat nampaknya begitu kuat. Penyalahgunaan internet, banyaknya bahan2 lucah dan mudahnya mengamalkan pergaulan bebas rupanya memukau sebahagian anak muda, malah orang tua. Perhatikan di pusat karaoke, orang tua melalak dengan gelas arak di tangan… Nauzubillah
    Sama-samalah kita membetulkan kepincangan di luar sana.Kdg2 kita nampak yang jauh, yang depan mata kita atau dalam rumah kita kena betulkan dulu. Dalam hal ini saya muhasabah dan menasihati diri sy juga.
    En Mustaffa

  2. ex_SKPL says:

    Salam Perjuangan :-

    Segala apa yang cikgu sampaikan,semuanya benar belaka…
    Cuma sedikit pertanyaan dari saya…

    Sekarangni kalau kita perhatikan… kebanyakan kat perpustakaan sekolah diselitkan juga buku-buku ilmiah, kenapa tahap sosial pelajar kat sekolah sekarang ini begitu tak terkawal, hinggakan ada cikgu-cikgu yang tak sanggup nak menghadapi pelajar yang bermasalah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s