BERSYUKUR, RAKYAT MALAYSIA!

oleh :  Mustaffa Siraj

CERIA...Rakyat Malaysia berbilang kaum menyambut kemerdekaan

CERIA...Rakyat Malaysia berbilang kaum menyambut kemerdekaan

Rakyat Malaysia perlu bersyukur. Hal ini kerana

  • Negara kita aman dan damai. Tiada peperangan. tiada pertempuran dan pertumpahan darah. Sebaliknya lihat situasi di Iraq, Palestin, Iran, Honduras, Somalia. Kashmir dan Afghanistan – Nyawa menjadi terlalu murah
  • Rakyat berbilang kaum boleh hidup bersama-sama dan selesa. Mereka boleh tinggal berjiran, berada di pasar raya mahupun sama-sama bekerja walaupun berlainan agama dan kaum. Di Amerika sendiri, ada rasa kurang selesa antara orang kulit putih dan hitam. Hal yang sama juga berlaku di Australia dan New Zealand antara orang kulit putih dengan  keturunan Asia. Di Perancis,  Jerman dan Belanda, timbul rasa kurang senang terhadap orang Islam.
  • Kemudahan kesihatan kita sangat baik dan rakyat boleh menikmati kemudahan kesihatan  di hospital dan klinik kerajaan dengan hanya RM1. Doktor dan jururawat kita sangat terlatih. Lihat penjagaan ibu mengandung  dan bayi selepas dilahirkan – mereka sanggup datang ke rumah! Begitu juga, banyak pusat perubatan swasta yang menyediakan rawatan berkualiti  dan canggih. Banyak negara mengagumi cara kita urus kesihatan.
  • Kemudahan pelajaran juga memuaskan. Buku teks percuma, yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM percuma. Ada skim Rancangan Makanan Tambahan, pelbagai biasiswa dan pinjaman. Itu belum lagi menyentuh  kemudahan IPTA, IPTS, kolej, pusat kemahiran dan lain-lain. Pelaburan kerajaan dalam menyediakan modal insan cukup banyak dan belanjanya sungguh besar.
  • Mudah mencari rezeki di negara kita. Banyak peluang pekerjaan tersedia. Tak percaya? Tanyalah lebih 3 juta pekerja asing yang bekerja di negara kita. Tiga tahun di sini, boleh kaya raya..
  • Banyak subsidi dan langkah kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Petroleum disubsidi. Gula, beras, tepung, susu dan banyak lagi barang dikawal harganya.  Rakyat dapat beli dengan harga lebih rendah berbanding negara lain. Prihatinnya kerajaan.
  • Bagi bumiputra, banyak lagi keistimewaan yang mereka nikmati. Kuota rumah, pekerjaan di sektor awam, biasiswa, peluang belajar di dalam dan di luar negara masih diberi kepada bumiputra. Sekolah berasrama penuh dan MRSM masih didominasi orang Melayu
  • Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet serta wakil rakyat kita umumnya berjiwa rakyat. Mereka sedia berkhidmat dan senang dihubungi. Seringkali mereka seperti pegawai kebajikan. Tetapi cuba perhati peranan wakil rakyat di banyak negara. tugas mereka lebih kepada aspek pentadbir politik.
  • Kita ada pegawai daerah, penghulu, JKKK dan ketua kampung. Mereka ini bekerja keras menjaga hal ehwal rakyat. Mereka menjadi jentera menjayakan agenda masyarakat dan negara.
  • Bekalan air paip kita masih di tahap memuaskan. Airnya bersih dan jernih serta jarang terganggu perkhidmatan. Sebaliknya pergilah ke banyak negara sedang membangun yang lain, baru kita tahu tahap kita
  • Kemudahan awam  kita memuaskan. Lihat jalan raya kita. Lebuh raya kita. Perpustakaan awam kita. Balai raya kita. Taman rekreasi kita. Banyak yang telah disediakan.
  • Kita begitu banyak tempat tarikan pelancong. Ada pantai yang cantik. Ada tempat bersejarah. Ada hutan semual jadi. Ada pusat membeli-belah terkemuka. Ada keindahan dasar laut. Ada bangunan unik seperti Menara Berkembar Petronas dan KLIA. Pendeknya segalanya ada. Cuti-cutilah di Malaysia!
MENARA BERKEMBAR PETRONAS...Kebanggaan negara

MENARA BERKEMBAR PETRONAS...Kebanggaan negara

Kesimpulannya, banyak yang bagus tentang negara kita. Walaupun `hujan emas di negara orang, hujan batu di negara kita’, negara kita tetap banyak keistimewaan! Anda berbangga sebagai rakyat Malaysia? Beri komen anda…

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

8 Responses to BERSYUKUR, RAKYAT MALAYSIA!

  1. En Mus says:

    Ala, apa nak susah, minta Yazidmu selamatkan, kan senang!
    abis cerita!!
    Tapi saya tak jadilah nak campak sesape… tak mahu dituduh pendera wanita pulak!!! Tak pasal2 naik court (court badminton takpa…)

  2. salinasaid says:

    xper, sengaje sy pggil en mus hj. smoga pggilan ni jd 1 doa. da g umrah, next time Allah pggil lak g aji…Insyaallah…
    en, khamsuldin nk selamatkan..hahahah….xpela, ti sy suruh abah saya tolong slmatkan la…

  3. En Mus says:

    Sy lom naik haji la salina…
    Berat ya badan? Tak jadi la nak campak kat selat Melaka, Paris atau Mauritius…. campak aje kat sungai Pt Sulong…. Nanti ckg khamsuldin selamatkan… Kihkihkih

  4. salinasaid says:

    hahaha…ade ati hj mus nak campak sy ke selat melaka…kihkihkih…kuat ker! sy beso n berat tau!
    campakla ke paris ke or pulau mauritius, lehla nanti sy bercuti…xpyh nak kne naik flight..huhuhuhuhu

  5. En Mus says:

    Bagus, bangga jadi rakyat Malaysia… Kalau tak bangga, sy nak campak Salina ke selat Melaka…!

  6. salinasaid says:

    saya bangga menjadi anak MALAYSIA…malaysia bumi bertuah!!!

  7. En Mustaffa says:

    Sebenarnya bnyk lagi perkara yang boleh dijadikan hujah mengapa kita patut beryukur mendiami bumi Malaysia. Memang tak lah perfect, tapi begitu tinggi darjah atau peratus kebaikan tinggal di sini.

    Bersyukur apa yang ada
    rezeki di mana mana
    jadi insan berjaya
    agar Allah redha

  8. ex_SKPL says:

    Salam Perjuangan :-

    Saya begitu bersetuju dengan apa yang cikgu sampaikan…
    Setiap hari kita dengar, masalah yang berlaku diseluruh dunia…
    Lebih-lebih lagi perjuangan orang Islam disempadan negara kita, Thailand….yang mahu bebas dari cengkaman kerajaan Thailand yang zalim, tak mengiktirafkan Islam sebagai agama yang dianuti disekitar kawasan Narathiwat, Yala dan Pattani..

    Pihak yang tak menyokong kerajaan hanya mengutuk sekeras2nya segala tindakan yang kerajaan buat…
    Kebaikan setinggi gunung tak nampak, yang nampak hanya kesalahan setinggi pusu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s