NAMA MENTERI KABINET MALAYSIA

oleh  : Mustaffa Siraj

  • Perdana Menteri  – Datuk Seri Najib Tun Razak. Juga memegang jawatan Menteri Kewangan1 (Parlimen Pekan)
  • Timbalan Perdana Menteri – Tan Sri Muhyidin Mohd Yasin. Juga sebagai Menteri Pelajaran (Parlimen Pagoh)
  • Menteri Kerja Raya – Dato Shaziman Abu Mansor (Parlimen Tampin)
  • Menteri Kesihatan- Dato Liow Tiong Lai (Parlimen Bentong)
  • Menteri Dalam Negeri – Dato Seri Hishamudin Tun Hussien (Parlimen Semberong)
  • Menteri  Belia dan Sukan – Dato Ahmad Shaberi Chik ( Parlimen Kemaman)
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna – Dato Ismail Sabri Yaakob (Parlimen Bera)
  • Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan- Dato Seri Utama Dr Rais Yatim (Parlimen Jelebu)
  • Menteri Pertahanan – Dato Ahmad Zahid Hamidi (Parlimen Bagan Datoh)
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Dato Shahrizat Abd Jalil (Senator)
  • Menteri Pelancongan – Dato Dr Ng Yen Yen (Parlimen Raub)
  • Menteri Pengangkutan = Dato Seri Ong Tee kiat (Parlimen Pandan)
  • Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – Dato Seri Nazri Tan Seri Aziz (undang2 dan Parlimen) (Parlimen Lenggong)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri-  Dato Seri Dr Koh Tsu Koon (Perpaduan, Integriti) (Senator)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Tan Sri Noor Mohd Yaacob (Parlimen Tasik Gelugur)
  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani – Dato Seri Mustapha Mohamad (Parlimen Jeli)
  • Menteri Pengajian Tinggi – Dato Seri Khaled Nordin
  • Menteri Luar – Dato Anifah Aman
  • * Menteri Di Jabatan Perdana Menteri – Kol. (B) Jamil Khir Baharum
    * Menteri Sumber Manusia – Dr S Subramaniam
    * Menteri Pertanian dan Inudstri Asas Tani – Dato Noh Omar

Nota – Saya senaraikan nama menteri di atas sebagai usaha membantu mereka yang akan menghadiri temuduga. Nama Menteri perlu diingat.  Penemuduga juga bertanya tugas kementerian, agensi di bawah kementerian, nama timbalan menteri dan dasar kerajaan di bawah kementerian. Juga ditanya siapa wakil rakyat (Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.)

Penemuduga juga suka bertanya tentang isu semasa yang berlaku sekarang. Topik H1Ni, Pemanasan Global, Isu Globalisasi, Kemelesetan Ekonomi Dunia, Sukan dan Isu Warga Asing  perlu dikuasai.

Bagi yang akan menghadiri temuduga, selamat menjawab soalan. Jaga penampilan, budi bahasa, jawab dengan jelas dan meyakinkan. Jawab jangan tak jawab! Keep cool, man!

Sekiranya ada pertanyaan, boleh tanya saya dan saya  akan cuba bantu. Nak kata saya tahu sangat tidaklah, tetapi Insya Allah saya cuba bantu…. (Pertanyaan yg ringkas ya)

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

2 Responses to NAMA MENTERI KABINET MALAYSIA

  1. En Mustaffa says:

    Tkasih, ex-SPKL.

    Ada bbrp menteri lagi:
    Menteri Sumber Manusia – Dr S Subramaniam
    Menteri Pertanian, Industri Asas Tani – Dato Noh Omar.

    Tenang semasa temuduga
    Yakin dalam penyampaian
    Lancar dalam huraian, jgn terlalu ringkas
    beradab dalam percakapan

    – Adakalanya penemuduga senagaj nak provoke anda, dgn memperlekeh atau merendah2 anda. Anda kena `jual’ diri anda, untuk menunjukkan anda lebih baik daripada yang lain
    Adakalanya anda kena kontra dg pdgn penemuduga.
    Mrk nak tgok reaksi anda..
    (Sy masih ingat ditemuduga lebih 30 minit .Mereka tnya dasar2 kerajaan. Berasap juga saya jadinya..)

    Selamat menghadapi temuduga…

  2. ex_SKPL says:

    Salam Perjuangan :-

    Terima kasih Cikgu…Info yang Cikgu tuliskan ini amat berguna untuk saya, InsyaAllah..minggu depan saya akan menghadiri temuduga…
    segala persiapan belum saya buat….
    Apa yang cikgu tulis itu akan saya baca dan cuba menghafalnya.
    Terima kasih banyak2 cikgu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s