AKHLAK NABI MUHAMMAD (SAW)

oleh:  Mustaffa Siraj

 

MASJIDILHARAM... Kebanjiran umat Nabi Muhammad (saw)  dari serata dunia bukti Islam terus unggul meniti zaman

MASJIDILHARAM... Kebanjiran umat Nabi Muhammad (saw) dari serata dunia bukti Islam terus unggul meniti zaman

 

Nabi Muhammad (saw) merupakan contoh ikutan yang baik kepada kita semua. Akhlak yang ditunjukkan elok saya perhalusi agar dijadikan teladan. Antara sikap/amalan dan perbuatan Baginda ialah:

  • Seorang pemaaf. Kaum kafir Quraisy yang banyak melakukan perkara buruk (mencerca, membaling najis, menyiksa orang Islam ) dimaafkan oleh Baginda semasa pembukaan kota Mekah.
  • Berani. Ketikan perang Uhud, Baginda dengan beraninya bertempur di celah musuh.
  • Sabar. Walaupun penduduk Taif melayan buruk kepada Baginda, Baginda bersabar dan mendoakan mereka akan masuk Islam pada masa depan. Walaupun dicaci seorang perempuan Yahudi, baginda tetap sabar, malah mengunjunginya yang sakit. Walaupun dijerut dengan tali perut unta, baginda tatap bersabar.
  • Penyayang. Amat menyayangi umatnya. Ketika di hujung nyawa, Baginda masih menyebut `Ummati..”
  • Gigih. Baginda sama-sama bekerja untuk membuat parit sebelum perang Khandaq. Baginda bukan jadi tuan yang mengarahkan itu ini. Bagi baginda, bekerjalah bersama saya..
  • Tegas. Baginda tegas menolak tawaran harta, pangkat dan wanita daripada pemimpin Quraisy agar tidak meneruskan dakwah Islam.
  • Tidak membezakan layanan. Baginda tidak membezakan layanan antara orang kaya dengan miskin, orang cacat atau tidak, dan orang Arab atau bukan Arab. Semuanya dilayan dengan adil. Baginda tiada kroni.
  • Tekun beribadah. Walaupun Baginda seorang Nabi, Baginda tetap tekun beribadah, berpuasa dan berjaga malam kerana mencari keredhaan Ilahi.
  • Rajin membantu keluarga. Baginda turut membantu isteri memasak atau menjahit pakaian yang koyak. Baginda tidak canggung melakukan kerja rumah.
  • Pengasih. Kasih akan isteri-isterinya. Kematian Siti Khadijah amat dirasakan. Baginda mengasihi anak-anaknya serta cucunya Hasan dan Husin. Tuntasnya kasih semua orang.
  • Boleh bergurau. Baginda memberitahu seorang tua, bahawa orang tua tidak masuk syurga. Orang tua itu sedih. Rupanya Nabi bergurau kerana semua orang akan menjadi muda di syurga.
  • Bijaksana. Lihat peristiwa Perjanjian Hudaibiyah. Rupanya perjanjian itu menguntungkan orang Islam untuk jangka panjang, walaupun tidak diperseutujui sebahagian orang Islam. juga episod peletakan Batu Hajaral Aswad pada usia 35 tahun. Juga peristiwa menyuruh Ali tidur di tempat pembaringan baginda untuk keluar daripada pengepungan pemuda-pemuda Quraisy sebelum baginda berhijrah ke Madinah.
  • Cekap berniaga. Kecekapan berniaga menyebabkan Baginda untung besar ketika memperniagakan harta Siti Khadijah. Pembantu Khadijah, Maisarah, kagum sekali. Kemudian Khadijah meminang Nabi.
  • Gagah. Baginda berjaya mengalahkan jaguh gusti Quraisy dalam perlawanan. Malu besar jaguh gusti itu.
  • Tidak bangga diri. Walaupun Baginda seorang Nabi dan boleh hidup lebih mewah, Baginda tetap hidup ala kadar, tidak mempamerkan kekayaan atau berlebih-lebihan. Makan, pakai dan tempat tinggal ala kadar. Segalanya serba sederhana. Tidak perlu istana besar. Tidak perlu pakaian mahal, malah pakaian baginda bertampung. Baginda pernah tidak makan beberapa hari, tetapi tetap tenang.
  • Hormat kepada orang lain. Lihat sikapnya kepada Halimatussa’diah, kepada Bilal bin Rabah (Habsyi kulit hitam) dan Usamah bin Zaid (anak angkat Baginda). Orang buta dan cacat dapat layanan yang baik drp Baginda.
  • Berkata benar/tidak berbohong. Baginda digelar al-amin kerana boleh dipercayai dan tidak berbohong.
  • Pendidik yang baik. Tarbiahnya penuh diplomasi dan bijaksana. Ada soal jawab dan soalan disambut dengan penjelasan. Anakandanya Fatimah banyak dididik mengikut akhlak baginda. Baginda kaya ilmu  psikologi dan memberi contoh teladan untuk diikuti umat Islam. Baginda benar-benar dapat dijadikan uswatun hasanah

Pendeknya, sungguh banyak contoh teladan N.abi Muhammad (saw). Selayaknya Baginda menjadi idola atau ikutan kita. 

Jadikan akhlak Baginda sebagai ikutan

Jadikan sirah Baginda sebagai teladan

Jadikan segalanya itu untuk peningkatan iman.

 Salawat dan salam untuk Baginda Rasulullah, khataman-nabiyyin.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

2 Responses to AKHLAK NABI MUHAMMAD (SAW)

  1. En Mustaffa says:

    Terima kasih atas komen x_SPKL..

    Niat saya agar pelawat dapat sedikit sebanyak pengetahuan dan kesedarran dalam tazkirah/info yang diberi…
    Inspirasi untuk menulis artikel itu setelah sy menunaikan Umrah br2 ni.. Tambah pula saya dilanda kepiluan yang amat ketika berada di makam Junjungan Mulia..
    Memang besar kebaktian, memang tinggi kemuliaan, memang agung keperibadian, memang insan tiada tandingan – Nabi Muhammad (SAW)
    Berusahalah kita untuk meneladani Baginda, bersalawat dan salam kepada Baginda – agar kita berada dalam saf yang mendapat syafaat Baginda dan kerahmatan Allah. Amin.

  2. ex_SKPL says:

    Salam perjuangan:-

    Begitu indah nukilan yang dihasilkan oleh Cikgu Mustaffa Siraj..
    Biarpun saya tak mengenali Cikgu, tapi terdetik dilubuk hati saya, Cikgu adalah yang terbaik hasil nukilan yang pernah saya baca. Begitu halus tulisan yang cikgu sampaikan. sampaikan 2-3 kali saya membacanya, tak puas..
    Bagitu agungnya kekasih Allah sepanjang zaman…
    Saya begitu takut,kalau-kalau saya tak tergolong dikalangan orang-orang yang tak bersama dengan Baginda, Habibullah.
    Sedih dan hiba tatkala membaca sejarah Nabi ketika menyampaikan dakwah di mekah…begitu banyak cabaran dan tribulasi yang dihadapinya…
    Terima kasih cikgu,buatkan saya menangis tatkala membaca ARTIKEl ini…
    Siru Ala barakatillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s