PROGRAM MOTIVASI TINGKATAN 5 SMKPS

oleh : Mustaffa Siraj

 

Encik Mohd Toha, kaunselor jemputan sedang berceramah

Encik Mohd Toha, kaunselor jemputan sedang berceramah

BATU PAHAT, 4 JULAI (SMKPS) –  Program Motivasi Pelajar Tingkatan 5 SMKPS  anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling selamat diadakan hari ini. Program ini menyusul program untuk Tingkatan 3 yang diadakan tiga minggu lalu. Program ini sebagai satu usaha meningkatkan potensi pelajar agar memanfaatkan peluang\, membangkitkan semangat dan menyedari tanggungjawab mereka sebagai pelajar.

Sebanyak 148 pelajar Tingkatan  5 turut serta. Pada sebelah pagi, ceramah motivasi oleh Encik Mohd Toha bin Esa, Kaunselor SMK Seri Gading diadakan. Beliau menekankan para pelajar supaya berusaha ke arah kecemerlangan diri dengan mempunyai kesungguhan dan komitmen tinggi.

 

TEKUN...Pelajar sedang mendengar ceramah motivasi

TEKUN...Pelajar sedang mendengar ceramah motivasi

Slot seterusnya adalah Membina Logo Diri dan membuat Akujanji, yang dikendalikan oleh puan, Mazni, Puan Ruziyana dan Encik Md Jais.

Pada sebelah petang, pelajar mendapat bimbingand dari grup Progressive Peers dari Kolej Mara , Banting. Mereka membimbing pelajar dari segi teknik mengambil nota dan teknik mengingat fakta. Fasilitator undangan itu telah dapat menarik perhatian para pelajar.

 

FOKUS... Pelajar lelaki memberi perhatian semasa program

FOKUS... Pelajar lelaki memberi perhatian semasa program

Guru yang terlibat dan pelajar dijamu dengan minum pagi dan  makan tengah hari yang disediakan oleh chef terkemuka SMKPS, Tuan Haji Ramlan Pit dan Puan Rohaya. Untuk guru, Puan Zaimah Sahar telah menyediakan mi rebus istimewa yang selalu dibawa ke sekolah

Program Motivasi ditutup rasmi oleh Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah bt Maskan. Beliau mengingatkan pelajar supaya menyedari bahawa peperiksaan SPM bakal menjelang tidak lama lagi dan agar tidak ada pelajar yang masih berkhayal serta leka.

Semoga program ini memberi kesan sewajarnya kepada pelajar dan penghargaan kepada guru-guru yang terlibat.

Terima kasih daun keladi, masa depan sumbanglah lagi…

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s