3 GURU SMKPS SERTAI PROGRAM DERMA DARAH PERINGKAT DAERAH

Oleh  : Wartawan Blog

SELESAI... Cikgu Mustaffa, Sahri dan Hj Ramlan selepas menderma darah

SELESAI... Cikgu Mustaffa, Sahri dan Hj Ramlan selepas menderma darah

BATU PAHAT, 7 Julai , (SMKPS –  3 orang guru SMKPS telah menyertai Program Derma Darah anjuran Pejabat Pelajaran Batu Pahat bertempat di Dewan Bestari, Hospital Batu Pahat pagi ini. Mereka ialah Cikgu Mustaffa Siraj, Cikgu Ramlan Pit dan Cikgu Sahri Othman.

Seramai kira-kira 80 guru dan kakitangan pendidikan di Batu Pahat telah mengambil bahagian dalam program itu dan  turut dihadiri Encik Khairrum Abdul Rahman, penyelia di Pejabat Pelajaran Batu Pahat. Program tahunan ini adalah siri ke 2 dan diadakan sempena sambutan Hari Guru.

CERIA... Haji Ramlan (kiri) sedang menderma darah

CERIA... Haji Ramlan (kiri) sedang menderma darah

Setiap penderma darah menyumbangkan 450 mililiter dan perlu dipastikan berada dalam keadaan sihat. Ujian tekanan darah, ujian darah dan pemeriksaan kesihatan  asas dijalankan ke atas mereka terlebih dahulu sebelum dibenarkan menderma darah.

Menurut Cikgu Ramlan Pit, kesediaan beliau menderma darah ini adalah sebagai satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Beliau berharap lebih ramai penderma dapat memberi sumbangan  dalam usaha kita memupuk masyarakat penyayang dan mengisi keperluan pihak hospital.

 

 

LAYANAN MESRA... Cikgu Mustaffa dikelilingi para jururawat

LAYANAN MESRA... Cikgu Mustaffa dikelilingi para jururawat

Cikgu Mustaffa Siraj pula merupakan penderma tetap Tabung Darah Hospital Batu Pahat. Setakat ini beliau telah menderma sebanyak 41 kali dan beliau akan  terus menderma selagi kesihatan mengizinkan. Seperti Cikgu Ramlan, beliau menderma sebagai usaha membantu kerajaan mengisi keperluan darah, yang akan dapat memanfaatkan mereka yang memerlukan.

SELESA... Cikgu Sahri menunggu diambil darah

SELESA... Cikgu Sahri menunggu diambil darah

Menurut Cikgu Sahri Othman,beliau memang menanti-nantikan program seperti ini dan amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh para doktor dan jururawat bertugas. Beliau juga berikrar untuk terus menderma darah pada masa depan.

Penderma darah telah disediakan sarapan pagi, iaitu roti jala, kari ayam, kuih-muih dan minuman. Mereka turut mendapat beg cenderamata pemberian Pejabat Pelajaran Batu Pahat. Kepada pelawat blog, bantulah memenuhi Tabung Darah di hospital. Keperluan sangat tinggi – kes kemalangan, ibu bersalin dan lain-lain menyebabkan keperluan darah sentiasa diutamakan. Jangan mudah memberi alasan untuk tidak menderma. Yang tidak layak menderma, tidak akan dibenarkan menderma…. Doktor akan memeriksa sama ada anda layak atau tidak untuk menderma.

Jadi, apa tunggu lagi! Pergilah ke Tabung Darah mana-mana hospital untuk menderma. Atau pergi ke program menderma darah yang hampir setiap minggu diadakan di pusat membeli-belah seperti di BP Mall, Summit dan di tempat lain.

Satu sumbangan untuk masyarakat dan negara…

Sekali menderma, terus menderma!

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

7 Responses to 3 GURU SMKPS SERTAI PROGRAM DERMA DARAH PERINGKAT DAERAH

  1. Prerlooli says:

    hi. great article!

  2. bakal ustaz says:

    Soryyyy mencelah….kih33..bkn ap nk ckp ckt..gne nama samaran bkn pemalu org nya..tp just nk lindung identiti mcm smua SUPER HERO yg ad..hu333..mkin org xtau nikmat nya akn lbh drasa..bru lh kritik PANASSSS..

  3. En Mus says:

    Tu yg saya kata, yg guna nama samaran memang pemalu orangnya….. Suka menyamar…
    Nak tidur pun pakai topeng!!! Kihkihkih

  4. salinasaid says:

    sape ek amoi ni…hebat tol blogger yg comment blog ni..sume pkai nama samaran…dasat..mcm james bond lak…hihi

  5. amoi says:

    salina masih ingat saya ke? ok le tu , bukan apa saya ni banyak dara kena le share kat owang lain.

  6. En Mus says:

    Ni kempen anjuran pejabat pelajaran BP, so cikgu dan cikgi aje yang leh derma. tapi kat bandar hampir tiap hari minggu ada derma darah kat bp mall atau summit.. Leh la derma… Nanti sy jemput dg moto kapcai sy…kihkihkih.. Apa nak takot derma darah, kena cucuk.. Masa bayi dulu kan selalu kena cucuk…!!

    Saya geli geleman dikerumuni dayang2 misi tu… Saya ni pemalu orangnya!!! Kihkihkih..

  7. salinasaid says:

    wah, hj ramlan n the geng menderma darah…bagus…satu amalan yang amatlah mulia…
    tingin gak nak derma darah…tp takot lak kene cocok..kempen kali ni jes ckgu2 jeke yg ley derma drh?
    wah, en mus dikerumuni oleh dayang2 misi yang comey2…kihkihkih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s