FESTIVAL SAINS & TEKNOLOGI NEGERI JOHOR 2009

Suhu tertinggi di pertandingan ini

PS' Cooker: Mencatat suhu tertinggi di pertandingan Portable Cooking with Nature

 

Oleh: Shafie Bin Buyamin

9 Julai (SMK Pasir Gudang 2) – Festival Sains & Tekonologi Negeri Johor 2009 telah berlangsung dengan jayanya bermula 7 Julai hingga 9 Julai. Festival ini berlangsung selama 3 hari di sini.

Festival ini dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama badan kerajaan lain dan bukan kerajaan seperti CETREE dan INTEL.

Dalam festival ini, banyak acara dan pertandingan yang berkaitan dengan sains dan teknologi telah dijalankan. Antaranya seperti Portable Cooking with Nature, Pelancaran Roket, Solar Car, Bercerita Topik Sains, Eureka, Saintis Muda dan Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan.

Buat kali pertama, pertandingan Portable Cooking With Nature, Pelancaran Roket dan Solar Car telah dijalankan di Venue pertandingan. Sebelum ini, peserta menyiapkan projek masing-masing disekolah.

SMK Penghulu Saat telah menyertai pertandingan Portable Cooking With Nature setelah menjuarainya di peringkat daerah. Adalah sesuatu yang membanggakan kerana rekaan yang dinamakan ‘PS’ Cooker’ ini mencatat suhu tertinggi, walaupun tidak memenanginya.

PS'COOKER: Pemantul parabola memfokuskan haba ke alat memasak di bahagian tengah

PS'COOKER: Pemantul parabola memfokuskan haba ke alat memasak di bahagian tengah

3 orang pelajar iaitu Nuratiah Na’im, Najwa Anati Nazlan dan Nurul Aqilah Mat Noh telah menyiapkan alat memasak solar ini dalam masa 4 jam. Rekaan ini adalah hasil cerna buah fikiran pelajar terbabit bersama-sama guru pembimbing En. Shafie Buyamin dan Guru Bidang Sains Matematik En. Razak Othman.

PAMERAN INOVASI: Krim daripada inai, mampu mengubati masalah cagu

PAMERAN INOVASI: Krim daripada inai, mampu mengubati masalah cagu

Selain daripada pelbagai pertandingan, banyak juga acara menarik seperti pameran dari Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Agama Islam, Jabatan Kaji Ukur dan Pameran ICT.

Pemenang pertandingan Model Kereta F1 peringkat kebangsaan juga mengadakan pameran yang menarik minat semua pengunjung. Begitu juga dengan aktiviti menarik dan permainan yang dikelolakan oleh pihak ‘Play Smart’ Petrosains. Permainan berkonsepkan sains dan matematik menguji minda terutamanya pelajar sekolah.

CETREE: Bas yang menggunakan minyak kelapa sawit sepenuhnya

CETREE: Bas yang menggunakan minyak kelapa sawit sepenuhnya

Pihak CETREE (Centre for Education, Training and Research in Renewable Energy and Effieciency Energy) dari USM telah hadir dengan sebuah bas yang menggunakan bahan api minyak kelapa sawit dan tenaga solar sebagai sumber tenaga tambahan.

Di dalam bas ini terdapat pameran tentang penggunaan tenaga diperbaharui. Para pelajar mendapat info yang berguna untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Festival melabuhkan tirai pada jam 5 Petang 9 Julai. Semua peserta tersenyum puas dengan segala maklumat dan pengalaman yang menggunung.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

6 Responses to FESTIVAL SAINS & TEKNOLOGI NEGERI JOHOR 2009

  1. friend of mickey_7 says:

    next time ley cbe agie…however,nice picture…

  2. SMKPS says:

    Yg komen tentang bina badan tu bukan en Mus ya… mungkin en khamsuldin..
    Bina badan lom masuk senarai sukan MSSD… Tahun 2020 kot!
    Saya yakin x kan ada kategori bina badan krn ketara dedahkan aurat… Kita kena ikut syariat ya Ustaz!
    En Mus

  3. DAN 722 says:

    Salam.
    Tulah pasal. kalau ada sukan bidan kan senang..blh saya wakil sekolah….kurang2nya blh celen cikgu Mus dan Cikgu Pie
    kalau Sumo lagi elok..syarat tutup aurat.sure masuk arh

  4. SMKPS says:

    Buat Dan 772
    Bila pulak ko nak masuk pertandingan bina badan wakil SMKPS ni?
    Tak sabar2 nak tengok.. he..he…

  5. DAN 722 says:

    Akum….

    Tahniah pada Cikgu Shafie dan pelajar SMK Penghulu Saat yang bertanding di Peringkat Negeri Johor…Biarpun kita tak menang. Sekurang-kurangnya kita dah menang diperingkat Batu Pahat. Usaha korang semua memang tak sia2. jadikan Kekalahan sebagai batu loncatan untuk kita bergerak maju jauh lebih kehadapan dimasa akan datang…

    kalah bukan bererti mengalah…
    Tak gitu cikgu Anugerah Cemerlang 2008

  6. En Mus says:

    Walaupun tak menang, tapi you all dah harumkan nama SMKPS di peringkat negeri! Saya berbangga dengan kamu… Teruskan usaha, Ckg Shafie dan Ckg Razak!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s