6 STAF SMKPS TERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

oleh  : Wartawan Blog

 

FOTO KENANGAN... Staf SMKPS yang menerima anugerah

FOTO KENANGAN... Staf SMKPS yang menerima anugerah

BATU  PAHAT , 11 Julai (SMKPS) –  6 staf SMKPS menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran dalam majlis yang diadakan di dewan SMK Dato Syed Esa pagi ini. Anugerah disampaikan oleh Yang Berhormat Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran.

Mereka ialah Encik Mustaffa Siraj, Tuan Haji Ramlan Pit, Encik Shafie Buyamin, Puan Nora Ashikin Adnan, Puan Norermiza Norahim dan Puan Nor Aslinda Iberahim.  Mereka dipilih berdasarkan prestasi  dan sumbangan  cemerlang pada tahun 2008.

Keseluruhannya seramai  574 guru dan kakitangan pendidikan daerah Batu Pahat menerima anugerah berkenaan hari ini. Kesemua mereka kelihatan bergaya dengan pakaian batik .

Dalam ucapannya, Dr Mohd Puad menekankan warga pendidik supaya meletakkan matlamat `cemerlang’ dalam pelaksanaan tugas pendidikan. Beliau menuntut para guru supaya sentiasa memikirkan penambahbaikan dalam merealisasikan aspirasi masyarakat dan negara.

Majlis pada pagi ini diserikan dengan persembahan kumpulan Nasyid SMK Tun Ismail, yang menjuarai karnival Antidadah peringkat daerah dan mendapat tempat ketiga peringkat kebangsaan. Kumpulan kebudayaan SMK Temenggong Ibrahim juga mempersembahkan tarian Zapin. Persembahan mereka mendapat tepukan gemuruh daripada seluruh warga dewan.

Puan Nora Asyikin Adnan melahirkan rasa gembira atas anugerah yang diterima. Beliau berjanji akan memberi perkhidmatan yang lebih baik demi kebaikan anak didik di sekolah dan bidang pendidikan amnya

Puan Nor Aslinda dan Puan Nor Ermiza, kakitangan pejabat SMKPS, turut melahirkan kegembiraan dan ingin terus meningkatkan mutu kerja seperti yang dihasratkan oleh pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran amnya.

Tahniah kepada mereka dan semoga mutu serta perkhidmatan mereka bertambah cemerlang.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to 6 STAF SMKPS TERIMA ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG

  1. Afifah says:

    Tahniah atas kejayaan semua… semoga terus tingkatkan prestasi dan kurangkan kontoversi…hehhehe

  2. SMKPS says:

    Tkasih, Dan 722…
    Kami tidak minta dipuji
    kami tidak minta dihargai
    kami hanya nak berbakti
    kepada mereka yang sudi
    Dan722 teruskan di sini
    anda memang ada potensi
    untuk menjadi guru mithali…
    Insya Allah
    En Mus

  3. DAN 722 says:

    Akum…
    Tahniah saya ucapkan Kepada Cikgu Mus, Hj. Ramlan, Kak Syikin, Kak Miza, Kak Linda dan Cikgu Shafie kerana dapat Anugerah Khidmat Cemerlang 2008, buatkan hati saya begitu tersentuh… Cikgu2 semua memang layak menerima anugerah seumpama ini. Sepanjang saya berada kat sekolah, apa yang saya perhatikan Cikgu2 semua memang begitu mengambil berat tentang kebajikan dan pelajaran pelajar2 kat SMK Penghulu Saat. Ini membuatkan hati saya semakin bersemangat untuk mengajar kat sekolah ini, biarpun saya hanya cikgu sementara kat sekolah ini.
    Doakan saya , semoga saya dapat berkhidmat sebagaimana cikgu2 dan kakak2 diatas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s