PROGRAM `ENGLISH SURE BOLEH’ UNTUK PELAJAR TINGKATAN 3

Oleh : Mustaffa Siraj

Bersungguh-sungguh ...Puan Rashidah Zakariyya menyampaikan motivasi kepada pelajar PMR SMKPS sempena English Sure Boleh bagi pelajar tingkatan 3.

Bersungguh-sungguh ...Puan Rashidah Zakariyya menyampaikan motivasi kepada pelajar PMR SMKPS sempena English Sure Boleh bagi pelajar tingkatan 3.

BATU PAHAT , 13 Julai (SMKPS – Program peningkatan Bahasa Inggeris `English Sure Boleh’ (ESB) untuk pelajar Tingkatan 3 diadakan di dewan SMKPS hari ini, dengan mengundang 2 pakarnya, Encik Ridzuan A. Ghani dan Puan Rashidah Zakariyya. Program yang sama akan diadakan untuk Tingkatan 5 pada hari esok.

Program ESB ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKPS, dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris. Program sehari itu padat dengan aktiviti-aktiviti menarik agar pelajar-pelajar dapat memupuk minat pelajar kepada Bahasa Inggeris dan berasa lebih yakin bertutur dalam bahasa berkenaan.

Seramai 246 pelajar teruja dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan. Mereka bernyanyi, membaca bersama, mengenal kosa kata baru dan menyampaikan sesuatu di hadapan rakan dengan galakan dan dorongan daripada Jurulatih yang diundang itu.

Antara tajuk yang disampaikan ialah `Wrestling With English’, `Write it Right’, `Speak With Style’, `Language Incidents’, `A Good Language Learner’ dan `Catching English’.

Kedua-dua jurulatih itu berpengalaman mengendalikan program ESB di lebih 250 buah sekolah. Mereka juga sering diundang oleh pihak ASTRO, TV1, TV3 dan TV9 dalam pelbagai program mereka.

Aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan itu telah menyuburkan minat para pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris. 2 Jurulatih berkenaan telah mengendalikan program secara santai tetapi efektif. Pelajar telah memberi respons yang amat menggalakkan sepanjang program.

Nur Syuhada Naim dari kelas 3 Aktif berpendapat bahawa program ini memang dapat menarik minatnya untuk menggunakan Bahasa Inggeris atau meningkatkan penguasaannya. Katanya, program ini tidak menjemukan dan padat dengan ramuan ke arah peningkatan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Iskandar Mohamad, 3 Aman, pula mendapati 2 jurulatih undangan itu pandai mempelbagaikan pendekatan da n aktiviti hingga dia dan rakan-rakan memberi fokus sepenuhnya kepada program.

Jurucakap Unit Bimbingan dan Kaunseling, Puan Mazni Sanusi, berpuas hati dengan pengisian dan perjalanan program dan beliau berharap para pelajar dapat mengaplikasi segala yang dipelajari untuk kepentingan diri dan kejayaan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris mereka.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to PROGRAM `ENGLISH SURE BOLEH’ UNTUK PELAJAR TINGKATAN 3

  1. coachsha says:

    Assalamu’alaikum!

    Thank you for the superb article on ESB. Both of us had a whale of a time with the students and your sporting and supportive teachers.

    Hope to see you guys and ladies again soon.

    Remember to WRESTLE!

    coach sha & coach ridz

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s