VANDALISME – PERLAKUAN YANG MERUGIKAN

VANDALISME...Di taman permainan kanak-kanak

VANDALISME...Di taman permainan kanak-kanak

oleh : Mustaffa Siraj

Gambar : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 13 Julai (SMKPS) – Gejala Vandalisme atau `Laku Musnah’ merujuk perlakuan merosakkan atau memusnahkan harta benda awam atau milik orang lain.

Perkataan `vandalisme’ berasal daripada perkataan Vandal, iaitu satu suku kaum yang telah memusnahkan bandar dalam Tamadun Rom pada tahun 445 Masehi.

Dalam konteks negara kita, Vandalisme berkaitan dengan tindakan orang perseorangan atau kumpulan yang melakukan perlakuan negatif kepada kemudahan awam, seperti tandas awam, taman permainan kanak-kanak, perhentian bas, taman bunga atau pondok telefon. Telitikan situasi berikut:

* Tandas awam – alat pengepam tandas dirosakkan, dinding tandas diconteng dan tandas tidak berfungsi kerana dirosakkan.

* Taman permainan kanak-kanak – Papan gelungsur, jongkang-jongket dan bangku tertanggal, hilang atau patah. Besi dicabut atau dicuri.

* Pondok telefon- Gagang dirosakkan, peti telefon ditanggalkan atau dibawa lari. Malah ada pondok telefon itu sendiri yang dicabut dan dilarikan

* Taman bunga – Pasu bunga, bangku tempat duduk dan papan iklan dirosakkan atau `ghaib’ begitu sahaja.

Gejala vandalisme dilakukan kerana beberapa faktor:
* Untuk dijual sebarang peralatan.
* Sengaja suka-suka merosakkan
* Sebagai melepaskan geram, seperti menconteng dinding
* Tanda protes kepada masyarakat
* Untuk diambil duit , contohnya peti wang pada telefon awam

Orang ramai atau pelaku vandalisme perlu sedar bahawa:
*Gejala vandalisme merugikan wang rakyat. Kos membaiki sangat tinggi
* Menghalang orang ramai menggunakan kemudahan awam, misalnya pada masa kecemasan.
* Memberi imej buruk kepada negara kita, khasnya kepada orang luar
* Perbuatan menconteng, melukis dan menulis perkataan lucah menjejaskan keindahan.

Oleh yang demikian, sama-samalah kita menjaga dan memelihara kemudahan awam yang ada di sekitar kita. Janganlah menjadi makhluk perosak. Jadilah makhluk Allah yang tahu menghargai segala kemudahan yang tersedia. Kawal diri kita dan rakan-rakan kita daripada perlakuan buruk ini.

Vandalisme perlu dijauhi, kemudahan awam kita jaga rapi…

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

4 Responses to VANDALISME – PERLAKUAN YANG MERUGIKAN

  1. Niveita Jairaj says:

    brilliant article..by the way i am from ipoh and i think this article help me to obtain mark in PSK……THANK YOU VERY MUCH

  2. liana says:

    nice topic and good explanation,easy to read, ^_^

  3. SMKPS says:

    Thanks for your comment. The article is short and simple, to make easy reading for anyone…

  4. manggala kouri says:

    very nice topic to explain

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s