PASUKAN BOLA SEPAK VETERAN MSKPP BP BAKAL MEMBERI SAINGAN DI LIGA VETERAN NEGERI

Pegawai dan pemain Bola Sepak Veteran MSKPP Batu Pahat

Pegawai dan pemain Bola Sepak Veteran MSKPP Batu Pahat

Oleh : Mustaffa Siraj

Foto: Bukhari Safar

BATU PAHAT, 15 Julai (SMKPS) – Pasukan Bola sepak Veteran MSKPP Batu Pahat bakal memberi saingan kepada pasukan daerah-daerah lain dalam pertandingan Liga Bola sepak Veteran peringkat negeri Johor tahun 2009 yang baru dimulakan.

Pada perlawanan sulungnya minggu lalu, pasukan itu berjaya mengalahkan daerah Segamat 2-0. Perlawanan seterusnya adalah pada 26 Julai, bertemu daerah Muar di padang SM Sains Muar.

Sebagai persediaan menghadapi pertandingan , latihan mingguan diadakan setiap hari Rabu dan hari-hari lain yang ditentukan oleh jurulatih. Perlawanan persahabatan juga diatur dengan pasukan bola sepak senior dan dengan kakitangan Hotel Landmark

 Kehadiran Pengerusi Bola Sepak Veteran, Puan Hajah Salbiah Maskan, Pengetua SMK Penghulu Saad  telah menyemarakkan semangat para pemain untuk berlatih dan bermain dengan bersungguh-sungguh.

TEKUN.. Pemain-pemain sedang mendengar amanat jurulatih

TEKUN.. Pemain-pemain sedang mendengar amanat jurulatih

Berikut senarai penuh pegawai dan pemain.

Pengerusi : Puan Hajah Salbiah bt Maskan (Pengetua SMKPS)
Timbalan Pengerusi : Encik Mustaffa Siraj
Pengurus Pasukan : Tuan Haji Abas
Pen. pengurus : Encik Hat bin Bakar
Jurulatih : Encik Zainal Mohd Zin
Pen. jurulatih : Encik Bukhari Safar
Encik Zainal Abidin Hassan
Pemain : Encik Hamidun Kamin
Encik Mahfuz Yusof
Encik Ismail Setam
Encik Abdul Halim Abdullah
Encik Ahzali Latif
Encik Mohd Amfal Basri
Encik Bahrim Jalal
Encik Daud Ahmad
Encik Mohd Fadzil Kasmadi
Encik Harun Ismail
Encik Ismail Latif
Encik Daud bin Husin
Encik Mahbib Pungut
Encik Mazlan Bakri
Haji Pok Adi Suratman
Encik Saiful Sahri Masdar
Encik Salim Sahar
Encik Yahya Sirat
Encik Yusry Tukiman
Encik Mohd Khair Mohd Arif
Encik Rahim Haron

 

Semoga pasukan ini akan berjaya dalam perlawanan-perlawanan seterusnya.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s