KISAH 5 INSAN DI BUMI BERTUAH

Oleh  :  Mustaffa  Siraj

Foto oleh : Mustaffa Siraj

 

PEKERJA ASING... Berehat pada hari minggu

PEKERJA ASING... Berehat pada hari minggu

  • Riyanto Harahap.

             Berasal dari Surakarta, Jawa Timur. Dia datang ke Malaysia pada tahun 1989 dan bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit di Felda Keratong, Pahang. dia bekerja bersungguh-sungguh dan turut menjalankan pekerjaan sambilan dengan berniaga di pasar malam dan menjual barang terpakai. Selepas 15 tahun, dia mendapat kad pengenalan merah.

              Dia berkahwin dengan rakyat tempatan dan kemudian mendapat kad pengenalan biru. Berkat kerajinannya, dia  membuka pasar mini dan kini mempunyai rangkaian kedai pasar mini di beberapa  rancangan Felda. Dia mengumpul harta dengan memiliki rumah sewa, tanah dan rumah kedai.

  • Mark Williams.

Dia berasal dari Surrey, England. Pada tahun 1995, dia dan isterinya, Lisa William melancong ke Malaysia. Mereka sangat tertarik dengan keindahan alam, kesan sejarah dan pantai yang indah. Setiap tahun mereka melancong ke negara ini. Mereka jatuh cinta dengan negara kita.

Pada tahun 2006, mereka terbaca bahawa Malaysia menawarkan rakyat asing tinggal di negara kita di bawah Program Malaysia My 2nd Home. Tanpa berfikir panjang, mereka mengambil keputusan untuk menetap di negara kita dan menghabiskan usia tua mereka di negara ini. Mereka rela meninggal dunia di sini.

  • Sardar Khan Ali khan

Dia datang ke negara ini sebagai pelancong pada tahun 1986, setelah diajak oleh rakan baiknya  Mahmood Basha. Dia berasal dari Lahore, Pakistan. Mulanya dia berniaga menjual karpet dengan menggunakan basikal. Dia masuk kampung ke luar kampung menjual karpet dan orang ramai boleh membayar secara ansuran.

10 tahun kemudian, dia telah mendapat taraf pemastautin tetap dan telah memiliki van untuk berniaga. Di bawahnya ada 10 pekerja, yang menggunakan basikal dan motor untuk berniaga. Kini dia membuka kedai kain dan karpet di lembah Klang. Perniagaannya sangat berjaya.

  • Marsinah Budiman.

Dia datang dari Banda Acheh, Sumatera Utara. Pada tahun 1999, dia datang ke Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Segalanya diuruskan oleh agen yang sah. Dia diambi bekerja dengan seorang hartawan di Shah Alam. Tugasnya menjaga anak majikannya yang masih kecil.

Tuannya melayan dengan baik. Dia dinaikkan gaji setiap tahun.  Setiap kali  majikannya melancong ke luar negara, dia dibawa bersama. Hubungannya cukup akrab dengan keluarga berkenaan. Setelah 10 tahun, dia ingin terus menetap di Malaysia. Dia bertemu jodoh dan menetap terus di Malaysia.

  • Rahmatullah Bashir.

Dia berasal dari Dhaka, Bangladesh. Setelah mendengar daripada rakannya tentang kemakmuran Malaysia, dia memutuskan untuk ke negara kita. Lalu dia pergi ke pelabuhan Chittagung dan menyiasat kapal yang akan ke Malaysia. Lalu secara haram, dia menyeludup masuk ke dalam kapal. Selama sebulan dia bersembunyi di bahagian stor kapal dan hanya makan saki baki makanan di dapur kapal.

Setibanya di Pelabuhan Klang, dia memberanikan diri terjun dari kapal dan cuba berenang untuk naik ke darat. Nasibnya malang, dia ditangkap oleh kapal peronda marin laut.

Daripada 5 kisah insan di atas, dapat dibuat kesimpulan berikut:

*  Peluang mencari rezeki terbuka luas di negara kita

*  Negara kita kaya dengan tempat pelancongan

*  Orang asing mudah jatuh cinta akan negara kita.

*  Kita melayan orang asing dengan baik.

*  Orang yang rajin dan gigih biasanya akan berjaya

Tuntasnya, kemakmuran, keamanan, kecantikan dan kelebihan negara kita wajar kita manfaatkan sehabis daya. Jika orang asing boleh berjaya di negara kita,  bagaimana pula dengan kita? Tepuk dada tanya keinginan dan hasrat kita. Rebutlah peluang yang ada! Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara…

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

4 Responses to KISAH 5 INSAN DI BUMI BERTUAH

  1. En Mus says:

    kadang-kadang kita tak nampak yang baik di negara kita dan menganggap negara lain jauh lebih baik dari negera kita..

    Kita perlu berbangga dengan negara kita!!
    Miss julie sbg orang muda perlu berada di barisan hadapan untuk menyuburkan patriotisme dan kecintaan akan negara… Boleh kan..

  2. Miss Julie says:

    pendatang afrika pun ramai… seluruh dunia datang mencari rezeki ke malaysia.. jangan mereka ni mengancam keselamatan negara sudahlah… bagus juga en. mustaffa paparkan kisah ni… membuka mata orang Malaysia tentang kemakmuran negara.

  3. SMKPS says:

    Assalamualaikum,
    Cepatnya respons artikel saya… saya tidak minta dihargai…. malu dong ah!
    Saya ikhlas menyumbangkan sekelumit kebolehan yg ada untuk blog smkps…
    Terima kasih kerana sudi membaca!

  4. DAN 722 says:

    Akum.
    Bagi saya, ada seorang lagi insan yang tertinggal…
    Dia adalah insan yang tulus hatinya semata-mata menceriakan blog ini.
    tak kira pagi, petang, siang dan malam… Insan inilah yang selalu menghidupkan blog ini agar terus berkembang ke seantero dunia…
    bagi saya, kalau tiada insan ini, Blog SMKPS takkan dikenali sebagaimana SMKPS berdiri gah di persada dunia pendidikan
    Insan yang saya maksudkan adalah
    Cikgu Mustaffa Siraj…
    Terima kasih banyak2 Cikgu…
    Selagi dunia mengenali alam cyber, selagitulah Insan ini akan sentiasa dikenali lagi disegani

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s