TAHUKAH ANDA…

PULAU SIPADAN.. Dasar lautnya mengagumkan

PULAU SIPADAN.. Dasar lautnya mengagumkan

Rencana dan Foto oleh  :  Mustaffa Siraj

  • Gagasan 1Malaysia -Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan menjadi slogan dan kata kunci pentadbiran di bawah Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak yang menekankan kepimpinan negara meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan dan perkhidmatan terbaik akan diusahakan untuk mereka.
  • Kedatangan pasukan bola sepak Eropah, seperti Manchester United ke negara kita dikatakan kerana menghargai sokongan peminat mereka di sini. Tetapi, yang lebih penting, mereka menyedari bahawa Asia ialah lubuk emas kepada jenama mereka – Jumlah penduduk Asia yang sangat ramai menjanjikan pulangan besar kepada produk mereka. Apapun, selamat datang Rooney, Ferdinand dan Owen!
  • Pemain bola sepak termahal dunia, Cristiano Ronaldo dijual dengan harga 80 juta Pound dari Manchester United ke Real Madrid. Punca utama perpindahan beliau ialah beliau telah memenangi semua piala di Old Trafford dan memerlukan cabaran baru. Lebih penting, Real Madrid merupakan kelab idolanya.. Selamat berjaya di San Bernabue, Ronaldo!
  • Blog Tun dr Mahathir, Che Det.com, telah dikunjungi 20 juta pelawat – satu bilangan yangs sangat besar. Pelawatnya datang dari seluruh dunia. Sehingga sekarang, Tun Dr Mahathir masih banyak menerima jemputan memberi  ceramah, menjadi ahli panel forum, seminar di banyak negara.  Laku, beb!
TUN DR MAHATHIR.. Tetap berbisa dan diburu

TUN DR MAHATHIR.. Tetap berbisa dan diburu

  • Jimmy Choo, pereka kasut terkenal merupakan rakyat Malaysia. Namanya cukup tersohor di Eropah dan banyak menerima tempahan dari pemimpin kerajaan, artis terkenal dan orang kenamaan di sana. Queen Elizabeth pun turut menempah daripada beliau..
  • Menara Berkembar Petronas cukup dikenali di seluruh dunia.Ketinggiannya 452 meter dan direka oleh arkitek terkenal, Cesar Pelli. Ia menggabungkan seni bina berunsur Islam dengan kecanggihan seni bina moden, sofistikated dan artistik..
  • Maersk Sealand dan Evergreen Marine Corporation, merupakan dua syarikat gergasi perkapalan dunia yang membuka pangkalan di Pelabuhan Tanjong Pelepas, Johor. Mereka sanggup berpusat di situ dan meninggalkan pelabuhan Singapura. Satu pengiktirafan bagi kita!
  • Pulau Tioman mendapat pengiktirafan majalah pelancong antarabangsa sebagai antara 10 pulau tercantik dunia. Sekarang Pulau Sipadan juga bakal  mendapat pengiktirafan dunia kerana kecantikan dasar lautnya. Rasakan pengalaman menyelam di dasar laut Pulau Sipadan yang  amat indah. Penyu, ikan barrakuda dan beratus spesies hidupan yang lain bisa anda ketemu.. Jom ke sana!

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s