AMALAN BURUK YANG PERLU DIELAKKAN

KOMPUTER RIBA.. Jangan terlalu leka, dik!

KOMPUTER RIBA.. Jangan terlalu leka, dik!

Rencana dan Foto oleh : Mustaffa Siraj

Terdapat beberapa amalan buruk yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia. Amalan ini hendaklah kita elakkan bagi menjamin kehidupan kita yang sihat, selamat dan sejahtera. Antara amalan itu adalah:

  • Membuang sampah daripada tingkap kenderaan semasa di jalan raya. Situasi ini menyebabkan sampah bertaburan di jalan raya. Elakkan!
  • Membunyikan hon kenderaan sesuka hati. Pantang lewat sedikit kenderaan di hadapan, kita pun membunyikan hon.. Terkejut dibuatnya. Elakkan!
  • Membakar sampah sesuka hati. Ia mencemarkan udara persekitaran.
API.. Kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan

API.. Kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan

  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu, baik untuk menelefon atau bersms. Bahaya tu, abang dan kakak! Polis boleh saman. Duit terbang, malah nyawa pun boleh terbang! Sebab boleh menyebabkan kemalangan.
  • Memandu terlalu laju, hingga 170 kilometer sejam. Memang seronok, tetapi fikirkan nyawa anda. Jika anda brek mengejut. kenderaan boleh terbabas atau melanggar kenderaan lain. Awas, kelajuan membahayakan!
  • Memandu perlahan di laluan sebelah kanan, misalnya di lebuh raya. Bahaya ni, itu lorong laju..
  • Meninggalkan anak di kereta, lalu kita keluar daripada kenderaan. Ini juga bahaya, silap2 anak diculik. Kita tidak mahu anda dapat barang tetapi hilang anak!
  • Tidak memakai topi keledar (motor) dan tali pinggang keledar (kereta). Fikirkan keselamatan diri anda!
  • Merokok sesuka hati. Fikirkan bahawa orang yang tidak merokok pun punya hak untuk menikmati udara bersih. Jadi elakkan merokok di tempat awam, seperti di kedai makan dan restoran.
  • Bersembang/ngeteh hingga pagi.  Boleh bersembang, tetapi ada hadnya. Fikirkan bahawa esok anda hendak bekerja atau belajar. Nanti letih lesu pulak. Produktiviti terjejas!
  • Terlalu leka dengan komputer dan internet  sama ada main game, Face book , Yahoo messenger dan lain-lain. Pandai-pandailah bahagikan masa..
  • Buat kerja last minute. Buat esei, latihan, tugasan  dan study, jangan tunggu last minute. nanti tak ada kualiti. Jangan pula pakai copy and paste sahaja. Buatlah sendiri!
  • Liat bayar hutang. Nak pinjam, bukan main manis mulut. Tetapi dah dapat, buat-buat lupa nak bayar..
  • Kad kredit tidak digunakan dengan bijak. Hati-hati ya, jika  tidak, anda dibelenggu hutang. banyak individu diisytihar bangkrap kerana kad kredit.  Saya dah ingatkan  abang adik kakak…
  • Berbangga dengan maksiat dan kejahatan. Ingat dosa pahala, syurga neraka. Ingat, Allah melihat apa yang kita buat.

Demikian sebahagian daripada amalan buruk yang perlu kita elakkan. Insya Allah saya akan sambung dalam Bahagian ke 2.. Tungguuu!!

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s