DILEMA KITA DALAM KEHIDUPAN

SOLAT... Berupaya membersihkan jiwa

SOLAT... Berupaya membersihkan jiwa

Rencana dan Foto oleh : Mustaffa Siraj

Dalam kita meniti arus kehidupan, kita mungkin menghadapi pelbagai dilema, Antara dilema itu adalah:

  • Jika kita berterus terang  dengan seseorang, kita bimbang  orang itu akan tersinggung atau tidak dapat menerima pandangan kita.
  • Jika kita cuba nak ambil tahu,hal orang lain,  kita mungkin dituduh cuba jaga tepi kain orang.
  • Jika kita buat sesuatu yang baik secara terbuka, kita dituduh cuba menunjuk-nunjuk.
  • Jika kita buat sesuatu yang berbeza, kita dituduh `dah buang tabiat’ atau melawan arus.
  • Jika kita rapat dengan orang atas, kita dituduh nak bodek atau ada kepentingan.
  • Jika kita suka bertanya, kita dituduh nak publisiti atau menonjolkan diri.
  • Jika buat kerja secara sendirian, kita dituduh tak pandai campur orang
  • Jika kita makan sedikit, kita dianggap sedang amalkan diet.
  • Jika kita kerja terlalu rajin atau fokus kepada kerja, akan ada yang kata bahawa `itu semua dunia’.
  • Jika kita sangat bahagia dalam hidup, ada yang kata `nampak bahagia, tetapi..dia banyak masalah’
  • Jika kita kurang bercakap. orang kata kita sombong.
  • Jika kita senyum-senyum kat orang, ada yang kata kita perasan.
  • Jika kita buat baik, ada yang kata kita minta balasan
  • Jika kita beri hadiah ,ada yang kata itu cubaan rasuah atau ada udang di sebalik batu.

Pendeknya, apa sahaja yang kita buat, mudah disalah tafsirkan.  Tetapi dalam hal itu, kita perlu ingat bahawa kita  perlulah:

  • Buat sesuatu dengan ikhlas
  • Buat sesuatu  untuk kebaikan diri dan orang lain
  • Buat sesuatu yang baik supaya diteladani
  • Buat sesuatu kerana dah kerja kita
  • Buat sesuatu kerana mencari keredhaan Allah.

Jadi, jangan dengar sangat cakap orang. Boleh timbang dan fikir, tetapi akhirnya KITALAH PENENTU JALAN HIDUP KITA. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri.

Ingat, jalan mesti ke depan!!

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s