BENGKEL PEDAGOGI SAINS SPM 2009

Oleh: SHAFIE BIN BUYAMIN

BATU PAHAT, 21 Julai (SMKPS) – Sebuah program Bengkel Pedagogi Sains SPM 2009 telah diadakan di SMK Penghulu Saat pada 11 Julai lalu.

SMK Penghulu Saat selaku JKD Sains daerah Batu Pahat telah menjemput En. Suresh Ramasamy sebagai penceramah undangan. Beliau adalah seorang Guru Cemerlang Sains dari Kulai, Johor.

Setiap sekolah menengah di Batu Pahat telah menghantar 2 orang wakil guru iaitu seorang Ketua Panitia Sains dan seorang guru sains menengah atas.

Selepas pendaftaran, bengkel dimulakan tepat jam 8.00 pagi. Pada sesi pertama ini, penceramah telah menerangkan tentang tajuk-tajuk yang penting dan selalu diutarakan dalam SPM. Semua guru yang terbabit begitu khusyuk mendengar segala info yang diberikan.

Antara perkara yang ditekankan adalah teknik menjawab soalan kertas 2 bahagian C. Ramai pelajar yang keliru bagaimana cara yang tepat untuk menjawab soalan-soalan ini. Penjelasan yang lengkap ini telah menjadi azimat buat para guru untuk disampaikan kepada pelajar di sekolah masing-masing.

Pada sesi kedua pada 10.00 pagi, En. Suresh telah mengedarkan lampiran kepada semua guru. Dalam lampiran ini, terdapat panduan untuk membina hipotesis amali sains.

Berdasarkan lampiran ini, guru-guru telah berbincang untuk menentukan hipotesis yang sesuai bagi setiap amali yang dinyatakan. Seterusnya mengadakan soal jawab antara guru dan penceramah.

Menurut Pn. Siti Jariah Ali, beliau sangat berpuas hati dengan penerangan yang diberikan. Beliau juga berharap semua ilmu ini akan memberi manfaat kepada guru dan pelajar di Batu Pahat.

Bengkel berakhir pada jam 12.3o tengahari. Semua yang terlibat berasa sangat gembira kerana memperolehi info baru yang boleh diaplikasikan dalam proses P&P.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s