PEMANSUHAN PPSMI – SATU PANDANGAN PERIBADI

PELAJAR SEKOLAH... menerima PPSMI sejak 2003

PELAJAR SEKOLAH... menerima PPSMI sejak 2003

Rencana dan Foto oleh:  Mustaffa Siraj

Batu Pahat, 21 Julai (SMKPS) –  Langkah kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pemelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2012 adalah sesuatu yang tidak mengejutkan saya.

Pada penilaian saya, Pengenalan PPSMI pada tahun 2003 dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak melalui proses kajian yang mendalam. Saya diberitahu bahawa pengenalan PPSMI pada masa itu lebih kepada kebimbangan Tun Dr Mahathir terhadap penguasaan bahasa Inggeris rakyat Malaysia dalam perhubungan antarabangsa, sains dan teknologi.

Realitinya, masyarakat pada masa itu belum bersedia  untuk itu. Apabila diperkenalkan, masyarakat di luar bandar khususnya menghadapi cukup banyak masalah. Mereka tidak ada  pendedahan kepada Bahasa Inggeris, akibatnya mutu dan pencapaian pelajar luar bandar sangat teruk dalam mata pelajaran Sains Matematik yang menggunakan bahasa pengantar  bahasa Inggeris.

Guru-guru PPSMI terkial-kial, para pelajar pula terkapai-kapai. Ada guru yang  jadi trauma dan sanggup berhenti kerana tidak mampu menyampaikan PPSMI. Di kawasan pedalaman, akses kepada Bahasa Inggeris amat terhad dan ibu bapa, guru dan pelajar  seperti meraba-raba di tengah siang.

Yang menarik, negara Jepun, Korea, Jerman, Thailand dan banyak lagi negara, didapati mereka kekal menggunakan bahasa ibunda dan negara berkenaan terus meningkat maju tanpa perlu bersandarkan kepada bahasa Inggeris.

Saya juga berkongsi kebimbangan golongan pencinta Bahasa Melayu yang tidak sanggup melihat Bahasa Melayu terus pudar di bumi sendiri. Apabila Bahasa Melayu tidak digunakan dalam Sains dan Teknologi, nilai Bahasa Melayu akan jatuh dan terpinggir. Kedudukan dan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan sendirinya akan tercabar.

GURU SMKPS... mempunyai pandangan tentang PPSMI

GURU SMKPS... mempunyai pandangan tentang PPSMI

Dalam konteks itu, saya tidak menafikan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Bagi saya, sepatutnya matapelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri yang perlu dimartabatkan – bukan memperkenalkan PPSMI.

Apabila kajian, seminar, forum dan persidangan diadakan oleh kerajaan  sejak 2 tahun lalu untuk mendapat maklum balas segenap lapisan masyarakat tentang PPSMI,  lebih 80 peratus dikatakan tidak bersetuju dengan PPSMI. Mereka mahu Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah.

Secara peribadi, saya menyanjung tinggi akan jasa dan pengorbanan Tun Dr Mahathir yang telah membawa negara ke kancah pembangunan dan kemajuan. Saya amat memahami hasrat beliau untuk PPSMI, tetapi demi masa depan masayarakat dan negara, PPSMI perlu dinoktahkan.

Maka, langkah kerajaan di bawah Datuk Seri Najib memansuhkan PPSMI merupaka keputusan yang bijak dan mengambil kira sentimen masyarakat umum. Oleh yang demikian, langkah kerajaan untuk memperkasa Bahasa Melayu dan meningkatkan matapelajaran Bahasa Inggeris memang tepat dan  wajar!

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s