PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

ISLAM... umat Islam ambil iktibar peristiwa Israk dan Mikraj

ISLAM... umat Islam ambil iktibar peristiwa Israk dan Mikraj

Oleh  : Mustaffa  Siraj

Foto: Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 22 Julai, (SMKPS) – Walaupun  tanggal 27 Rejab bersamaan 20 Julai telah pun berlalu 2 hari lalu, namun tarikh itu mempunyai erti yang signifikan kepada kita umat Islam. Pada 27 Rejablah berlakunya peristiwa Israk Mikraj, iaitu pada tahun ke 11 kerasulan nabi Muhammad (saw).

Peristiwa Israk dan Mikraj bermaksud Nabi Muhammad melakukan perjalanan pada waktu malam dari Makkah menuju ke Baitul Muqaddis di Palestin, kemudian dibawa naik ke langit – Sidratul Muntaha hinggalah ke tempat paling tinggi – Hadziratul Quds.

Signifikannya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana Nabi melalui pelbagai pengalaman yang di dalamnya sarat pengajaran dan pedoman kepada kita dalam proses kita menjadi hamba Allah yang diredhai-Nya. Di bawah disenaraikan beberapa peristiwa dan pengajaran daripadanya:

  • Jin Afrit mengejar Nabi dari belakang   – Pengajaran: Pekerjaan yang baik akan diganggu
  • Petani bercucuk tanam dan dapat hasil segera/banyak pula – Pengajaran: Allah mengurniakan pahala yang banyak kepada orang yang berjihad dan bersedekah.
  • Bau wangi kubur Mashitah 9tukang sikat anak Firaun – pengajaran: Allah kurnia ganjaran kepada mereka yang mempertahankan keimanan, sepertimana Mashitah.
  • Manusia memecahkan kepala dengan batu – Pengajajaran : Balasan kepada mereka yang tidak solat/malas bersolat
  • Manusia makan duri daripada bara api. Pengajaran : Balasan mereka yang tidak menunaikan zakat.
  • Manusia makan daging busuk – Pengajaran : Balasan orang berzina
  • Manusia berenang dalam lautan darah dan dibaling batu – Pengajaran: Balasan orang yang memakan riba
  • Manusia yang tidak mampu mengangkat bebanan, tetapi ditambahnya lagi bebanan – Pengajaran: Balasan kepada mereka yang suka memikul amanah tetapi tidak sanggup melaksanakannya.
  • Manusia yang menggunting lidahnya. Pengajaran : Balasan orang yang pandai bercakap tetapi tidak melaksanakan apa yang dicakapnya. Kes cakap tak serupa bikin.
  • Manusia yang mencakar muka dan dadanya dengan kuku tembaga – Pengajaran: Balasan orang yang mengumpat.

Peristiwa israk dan Mikraj juga penting kerana pada masa itulah solat 5 waktu difardukan kepada umat Islam. Pada asalnya Allah menetapkan 50 waktu solat, tetapi Nabi Musa telah menasihati Nabi Muhammad merayu kepada Allah agar dikurangkan lagi kerana nabi Musa berpandangan, umat Nabi Muhammad tidak akan mampu melaksanakan.

Setelah merayu berulang-ulang kali, akhirnya sampailah kepada bilangan 5 waktu. Kefarduan solat ini ditetapkan ketika Nabi mikraj ke langit dan ini menunjukkan betapa pentingnya solat bagi kita. Malah kedudukan solat sangat-sangat tinggi hinggakan amalan yang pertama dihisab pada Hari Kiamat ialah Solat.

Maka, sama-samalah kita mengambil iktibar peristiwa Israk dan Mikraj ini yang sarat pedoman kepada kita dalam kita melayari kehidupan dunia yang fana dan bakal menjejaki akhirat yang kekal abadi.

Semoga amalan dan perbuatan kita selari dengan kehendak Islam.Semoga keimanan dan ketakwaan dapat kita suburkan. Semoga Allah mengurniakan hasanah di dunia dan akhirat. Amin

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s