SENYUM SEDIKIT…

KUDA... Pandai bercakap!

KUDA... Pandai bercakap!

Rencana dan Foto oleh  : Mustaffa Siraj

  • Negara kita ada banyak raja.  Selain raja-raja melayu, ada Rajagopal, Rajamanickam dan Rajasamy.
  • Negeri Perak paling padat penduduk di Malaysia. Sebab ada yang tinggal di Lumut, Dinding dan Terong.
  • Mengapa siput babi berjalan lambat? Kerana binatang itu banyak fikir dan ‘confuse” sama ada ia siput atau babi.
  • Binatang apa yang walaupun dah tua, tetapi masih menyusu? Jawabnya gajah. Kan banyak gajah menyusu di sekolah atau di bangunan persendirian.
  • Di Kelantan, tahi pun dimakan. Iaitu kuih Tahi Itik..
  • Orang Malaysia suka makan binatang ganas.. iaitu makan kuih Badak Berendam.
  • SMKPS paling banyak harta emas di Batu Pahat. Sebab ada Mashudi, Mazni, Mastura, Mazlita.
  • Bandar paling aman di Malaysia? Taiping jawabnya. Makna Taiping dalam bahasa Melayu ialah aman
  • Mengapa LRT di Lembah Klang makin tidak popular? Kerana maksudnya Lama Rakyat Tunggu.
  • Bandar yang paling banyak batu di Malaysia? Jawabnya Seremban. Leka mereka main Batu Seremban.
  • Orang Malaysia memang hebat giler.  Sebab makan Pucuk Paku, Belimbing Besi, Belimbing Buluh dan Jambu Batu. Kuatnya gigi…
  • Di Malaysia sekarang ada banyak unta… Tak percaya? Pergi ke Bank Arab Malaysia. Anda boleh dapat tabung duit Unta…
  • Sekarang kuda dah pandai bercakap. Tak percaya? Kan ada bunyi Kedekut kedekut jika kuda menghampiri anda.

KUCING... Kesihan dia!
KUCING… Kesihan dia!
  • Kucing pun tak kalah, boleh bercakap juga.. Cuba dengar kucing bercakap “Mauuuu’ dan ‘Tak mauu’
  • Binatang apa yang asyik tidak sihat tetapi happy sekarang? Jawabnya babi. Babi selesema, orang yang mati.
  • Buah apa yang pandai buat lawak? Jawabnya labu. Mengapa? Sebab dia berlakon dalam filem Labu Labi.
  • Binatang ni kita kena kasihan sangat. iaitu kucing.  Sebab matanya dijadikan minuman – air mata kucing.
  • Kereta apa yang boleh terbang? Jawabnya Kenari. Burung tu!
  • Ikan apa yang berenang paling pantas? Jawabnya ikan lumba-lumba la…

Perkara di atas sekadar gurauan semata-mata…

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

4 Responses to SENYUM SEDIKIT…

  1. Afifah says:

    hehehe… cikgu, bile nak masuk raja lawak… nanti saya vote untuk cikgu..

  2. Miss Julie says:

    oooo.. ingatkan gajah menyusur… hehe,…. selama ni saya tersilap rupanya… ok.. t.k atas maklumat memberangsangkan ini.

  3. SMKPS says:

    Gajah menyusu tu satu istilah merujuk kepada ruang berbumbung antara bangunan… (Bukan istilah rekaan saya!)

    ada idea sendiri, ada idea yang dah didengar dr orang lain…
    Hidup kena banyak bfikir….baru mantap!!!

    En Mus

  4. Miss Julie says:

    ooooo… mana dapat idea ni? bagusla… memang ahli fikir bak profesor ungku aziz… hehe. gajah menyusu di sekolah dan bangunan? macamana ni….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s