BOLA SEPAK PERSAHABATAN: VETERAN BP MENANG 5-1

Aksi perlawanan persahabatan

Aksi perlawanan persahabatan

Berita dan Gambar oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 23 Julai (SMKPS) – Pasukan Bola sepak Veteran MSKPP Batu Pahat berjaya mengalahkan pasukan  SMK Teknik Batu Pahat 5-1 dalam perlawanan persahabatan bertempat di padang SMK Teknik, BP.

Perlawanan itu diadakan sebagai persediaan Batu Pahat  bagi menghadapi perlawanan getir Ahad ini dalam Liga Veteran MSKPP Johor, di mana Batu Pahat akan berjumpa daerah Muar  di padang SM Sains Muar.

Dalam perlawanan ini, Batu Pahat telah mempamerkan permainan yang baik dan sering kali mengancam kubu SMK Teknik.  Ketangkasan penjaga gol SMK Teknik telah menyelamatkan SM Teknik daripada kekalahan lebih besar.

Antara gol Veteran Batu Pahat disumbangkan oleh Mohd Fadzil Kasmadi, Bahrim Jalal, Daud Ahmad dan  dan Daud Husin.

Pengurus Pasukan Veteran BP, Haji Abas Abd Aziz belum berpuas hati dengan tahap permainan pasukan, dan berharap para pemain akan berusaha lebih keras  sebelum bertemu Muar.

HAJI ABBAS...Pengurus Bol Sepak Veteran BP

HAJI ABBAS...Pengurus Bola Sepak Veteran BP

“Selaku johan tahun lepas, Muar bukan calang-calang pasukan. Kita berharap para pemain tidak gentar dengan Muar dan bermain dengan penuh yakin dan bersemangat,” ujar Haji Abas.

Pengerusi Bola Sepak veteran BP, Puan Hajah Salbiah Maskan,  yang juga Pengetua SMK Pengehulu Saat  menyeru para pemain supaya bermain bersungguh-sungguh dan  berusaha untuk menang. Jika pemain  bekerjasama menjayakan misi, kejayaan bukan mustahil dicapai.

Pegawai dan pemain akan menaiki bas dari Pejabat Pelajaran Batu Pahat selepas Zohor dan perlawanan dijangka bermula jam 4.30 petang.

 

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to BOLA SEPAK PERSAHABATAN: VETERAN BP MENANG 5-1

  1. Sofia says:

    This is the perfect website for everyone who really wants to understand this topic.
    You understand so much its almost hard to argue with you (not that I personally will need to…HaHa).
    You definitely put a fresh spin on a topic which has been written about for a long time.

    Excellent stuff, just excellent!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s