BOLA SEPAK VETERAN – BATU PAHAT TEWAS 1-2

Penyerang Batu Pahat cuba melepasi pertahanan Muar

Penyerang Batu Pahat cuba melepasi pertahanan Muar

Berita dan Foto oleh  : Mustaffa Siraj

MUAR, 25 Julai, (SMKPS) –  Pasukan Bola sepak Veteran MSKPP Batu Pahat tewas 1-2 kepada Veteran Muar dalam perlawanan liga Veteran JPNJ yang berlangsung di padang SMK Tengku Mahkota di sini petang tadi.

Meskipun tewas, Batu Pahat masih berpeluang masuk ke separuh akhir. Mereka akan bertemu Kluang pada minggu depan di Batu Pahat dan kemudian akan bertandang ke Kulai pada 9 Ogos.

Dalam perlawanan petang tadi, Batu Pahat dan Muar bermain dengan baik. Muar mendapat gol awal apabila sepakan lambung ke depan gol Batu Pahat gagal dijangka oleh penjaga gol Batu Pahat dan memberi gol mudah kepada Muar.

Batu Pahat menggandakan asakan, dan mendapat sepakan penalti apabila Bahrim Jalal dijatuhkan oleh pertahanan Muar dalam petak penalti.  Mohd Fadil Kasmadi mudah menyepak masuk.

Kemudian giliran Muar pula mencipta peluang, dan dari satu serangan pantas, mereka berjaya mendapat gol apabila sepakan deras  penyerang mereka dari jarak jauh gagal ditepis penjaga gol Batu Pahat.

Pada separuh masa kedua, kedudukan tidak berubah. Batu Pahat hampir menyamakan kedudukan apabila Mohd Daud Husin yang hanya berhadapan dengan penjaga gol Muar, menyepak tepat ke arah penjaga gol. Keputusan kekal hingga tamat perlawanan.

Pengurus pasukan, Haji Abas Abd Aziz  mengakui bahawa  pasukan Muar adalah pasukan yang bermutu. Mereka mampu menghasilkan gerakan-gerakan yang cantik dan mempunyai stamina yang tinggi. Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan kesungguhan Batu Pahat untuk menyaingi lawan dan turut mencipta beberapa peluang baik.

Beliau berharap para pemain akan cuba memperbaik tahap permainan dan berusaha memenangi perlawanan berikutnya dengan Kluang dan Kulai.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a comment