PROGRAM KECEMERLANGAN EKSPLORASI MINDA PELAJAR

PENGHUJUNG SELATAN BENUA ASIA

PENGHUJUNG SELATAN BENUA ASIA

Oleh: Shafie Buyamin

TANJUNG PIAI, 26 Julai – Unit Biasiswa dan Unit Bimbingan & Kaunseling SMKPS telah menganjurkan Progam Kecemerlangan  Eksplorasi Minda Pelajar yang berlangsung di Tanjung Piai Resort, Serkat Pontian Johor pada 25 – 26 Julai 2009.

Program yang disertai oleh 95 orang pemegang biasiswa ini bersama-sama 7 orang guru iaitu Pn Mazni Sanusi, Pn Ruziyana Md. Saleh, En. Sahri Othman, Pn. Mastura Sapan, En. Shafie Buyamin, En. Ihsanudin Ismail dan En. Mohd Jais Bakar serta staf sekolah, En. Muhid Mustari.

Perjalanan bermula jam 9.00 pagi dari SMKPS dengan 2 buah bas dan beberapa buah kereta. Setibanya di sana, terus ke Taman Negara Tanjung Piai. Ia adalah titik penghujung selatan Tanah Daratan Benua Asia.

HUTAN PAYA BAKAU

HUTAN PAYA BAKAU

Seusai taklimat ringkas dari pegawai taman, semua pelajar dan guru melawat tapak konservasi hutan paya bakau. Jeti yang dibina menjangkau setengah kilometer ke arah laut berhadapan dengan Pulau Karimum, Indonesia menjanjikan pemandangan yang indah. Kera, Ketam, siput dan burung laut adalah antara hidupan liar yang menghuni paya bakau ini.

Setelah selesai lawatan, peserta mendaftar masuk ke resort. Semua teruja dan kagum kerana bilik dan kemudahan resort ini  dibina diatas laut.

Kemudian, taklimat khas berkenaan pengurusan biasiswa oleh GPK HEM, Tn. Hj. Zainal Abidin Musni. Pada sebelah malamnya, LDK 1 dijalankan. Fasilitator jemputan iaitu En. Khairul Irwan B. Rustam Effendi telah memberikan ceramahnya. Beliau adalah kaunselor di sebuah sekolah di Palong, Negeri Sembilan.

En. Khairul Irwan B. Rustam Effendi

En. Khairul Irwan B. Rustam Effendi

Pada pagi ahad, LDK 2 dan LDK3 dijalankan. Semua program yang dirancang adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada peserta.

Walaupun kebanyakan pemegang biasiswa sekolah ini adalah pelajar yang baik dari segi akademik, namun pengukuhan nilai dan jatidiri menuju kecemerlangan perlu disemai lagi.

Program ini tamat dengan jayanya pada 12.30 tengahari. Semua peserta telah mendapat semangat baru untuk meningkatkan lagi kecemerlangan diri.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to PROGRAM KECEMERLANGAN EKSPLORASI MINDA PELAJAR

  1. En. Shafie says:

    Program ini dirancang oleh kaunselor2 sekolah, dan guru2 biasiswa. Ia dibawah Unit HEM. Sekalung penghargaan untuk mereka yang terlibat.

  2. amoi says:

    syabas shafie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s