CAMERON HIGHLAND MENAWAN HATI

SAUJANA PANDANGAN... Ladang teh di Cameron Highland

SAUJANA PANDANGAN... Ladang teh di Cameron Highland

Rencana dan Foto oleh : Mustaffa Siraj

Salah satu destinasi pelancongan yang menarik di negara kita ialah Cameron Highland. Walaupun saya telah banyak kali ke sana, namun keinginan untuk ke sana tetap ada, mungkin hujung tahun ini, rasanya.

Cameron Highland terletak di negeri Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang sejam setengah. Jika dahulu pelawat kena melalui Tapah untuk ke sana, tetapi sekarang jalan melalui Simpang Pulai  juga boleh digunakan. Jalan baru ini lebih lurus daripada jalan Tapah.

Jika melalui Tapah, pelawat akan melalui jalan berliku-liku. Di bahagian  awal perjalanan, pelawat akan dapat melihat air terjun Lata iskandar. Airnya dingin dan terasa nyaman di situ. Kemudian pelawat akan tiba di pekan Tanah Rata. Di sini ada banyak hotel dan chalet. Antara yang menarik ialah hotel Cool Point dan Strawberry Park.

Perjalanan diteruskan hingga sampai ke pekan Brinchang.  sepanjang jalan pelawat akan melihat tanaman teh ditanam di lereng-lereng bukit, pokok-pokok bunga  juga sayur-sayuran. Panoramanya memang mengasyikkan. Terdapat juga pengusaha tanaman strawberi dan anda boleh singgah untuk merasa keenakan buah berkenaan.

BUNGA... Juga tarikan Cameron Highland

BUNGA... Juga tarikan Cameron Highland

Berdekatan pekan Brinchang, ada taman rama-rama dan pasar sayur-sayuran. Juga terdapat banyak gerai cenderamata. Pekan Brinchang juga ada banyak hotel dan resort, antaranya hotel Rosa Pasadena, Green Point dan Equatorial. Saya  dan keluarga pernah menginap di hotel Rainbow dan BB Inn. Kos penginapan agak sederhana.

Suhu di Brinchang agak dingin dan nyaman. Kehijauan persekitaran menambah rasa ketenangan di jiwa. Pada waktu malam, ada pasar malam. Memang meriah pada waktu malam.

Pelawat boleh juga pergi ke Taman Kaktus dan Ladang Teh Boh di Sungai Palas. Di situ pelawat boleh melihat saujana pandangan  tanaman teh ditanam. Jangan lupa menikmati teh panas yang enak di situ  Memang syok!

Walaupun Cameron Highland tidak sedingin 20 tahun lalu, namun ketenangan dan kesyahduannya masih boleh kita rasakan. Elok untuk berehat dan melarikan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan yang menyesakkan nafas.

Cameron Highland, kau tetap segar dalam ingatan, sesuai untuk mencari kerehatan!!

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

2 Responses to CAMERON HIGHLAND MENAWAN HATI

  1. SMKPS says:

    agak sunyi.. tapi ada pasar malam kat berinchang.. nak turun daari cameron, tak la sesukar nak naik, tapi kena jaga brek kenderaan.. shopping kat berinchang, krn ada pasar malam.. tapi kat Tanah Rata, lata Iskandar atau Ringlet pun ada tempat beli barang

  2. yaya says:

    nk tny…malam2 sana sunyi x….senang x nak turun dr cameron???selalu shopping kat ner????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s