ANDA WARGANEGARA YANG BAIK JIKA…

KEMALANGAN ... Mungkin kerana tidak bertimbang rasa

KEMALANGAN ... Mungkin kerana tidak bertimbang rasa

Rencana dan gambar oleh : Mustaffa Siraj

  • Telah mendaftar nama menjadi pengundi dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Kemudian mengundi masa pilihanraya Umum. Jangan pula rosakkan kertas undi! Undi anda mungkin penentu kemenangan calon/parti yang anda pilih….  (Marilah mari, pergi mengundi, jangan lupa kewajipan, pada negara…. )
  • Patuhi undang-undang  jalan raya. Patuhi lampu isyarat merah, hijau dan kuning misalnya…
  • Menjaga kemudahan awam, seperti tandas awam, taman rekreasi dan pondok telefon. Jangan rosakkan!
  • Tidak membuang dan membakar sampah sesuka hati… jangan cemarkan bumi!
  • Tidak merokok di tempat awam. Asap rokok membahayakan orang lain tau!
  • Sentiasa berwajah tenang dan murah senyuman. Jika anda tunjukkan muka moyok, orang lain pun terganggu. Dan senyum kan satu sedekah… Tak keluar duit, beb!
  • Ada lesen kenderaan, bayar cukai jalan – jangan main belasah je… Kita hidup biar berperaturan!
  • Hormati dan bantu warga emas – mereka dah lemah dan kurang berdaya. Mentang-mentanglah anda muda, tak pedulikan mereka. Ingat! nanti anda tua juga! (macam saya..)
  • Hormati ibu bapa dan sahabat handai.  Jangan berkasar, biadab dan bertindak ikut emosi. Mereka insan macam kamu juga! Warna darah pun sama….
  • Beratur dan tidak potong barisan, baik di bank, di pejabat pos atau ketika membeli tiket..  Jangan buat ikut suka!
  • Jangan buat fitnah,  burukkan orang atau menganiaya/menzalimi orang lain. Ingat, doa orang yang dizalimi itu makbul…
  • Kecuaian dan kelekaan anda boleh memberi impak buruk kepada orang lain. Misalnya, boleh akibatkan kemalangan di jalan raya.  Jadi, sentiasa fokus dan berwaspada at all times!

-SMKPS-

 

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

3 Responses to ANDA WARGANEGARA YANG BAIK JIKA…

  1. melan says:

    kalau rajin boleh hantar karya utk menyemarak lagi blog smkps

  2. amoi says:

    cikgu umie, tahniah kerana dah joint buat blog

  3. cikgu umie says:

    tahniahhh……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s