FUTSAL ANTARA BILIK GURU BATU PAHAT : SMKPS TURUT SERTA

MERANCANG STRATEGI... Para pemain tekun mendengar penerangan Encik Mustaffa Siraj , kapten pasukan(berbaju biru) selepas latihan

MERANCANG STRATEGI... Para pemain tekun mendengar penerangan Encik Mustaffa Siraj , kapten pasukan (berbaju biru) selepas latihan

Oleh:  Warga Blog SMKPS

Gambar : Mohd Ayub

PARIT SULONG, 30 Julai, (SMKPS) –  SMKPS bakal menyertai Kejohanan Futsal Antara  Bilik  Guru, yang akan berlangsung di gelanggang Futsal Taman Nira pada Sabtu ini. Sebanyak 14 pasukan akan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.

SMKPS bakal dibarisi 8 orang  guru  dan kakitangan, iaitu  Encik Mustaffa Siraj (Kapten), Encik Norhisham Khalid ( merangkap Pengurus Pasukan) , Encik Najhan Azman, Encik Shafie Buyamin, Encik Sahri Othman, Encik Yahya Ahmad, Encik Abd. Razif  Urif dan Encik Shahrul Azhar.

Dalam undian yang dibuat hari ini, SMKPS diundi dalam Kumpulan C, dan bakal bertemu dengan pasukan SMK Tun Ismail, SMK Convent, SMK Dato Bentara luar dan MSSC Yong Peng.

Para pemain SMKPS telah menjalani latihan harian di padang SMKPS dan kesemua pemain telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan bersemangat untuk mempamerkan persembahan terbaik.

Pengurus Pasukan, Encik Norhisham Khalid berpuas hati dengan kesungguhan pemain dan berharap mereka akan mempamerkan aksi yang menarik dan bermain dengan semangat berpasukan yang jitu. Beliau mengharapkan agar guru-guru yang tidak bermain  supaya dapat datang ke tempat pertandingan untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan mereka.

Kapten pasukan, Encik Mustaffa Siraj, turut melahirkan harapan yang sama dan berharap penyertaan pada kali ini membawa tuah, tambahan pula dengan kehadiran pemain baru , iaitu Encik Najhan Azman, Encik Abd Razib Urif dan Encik Shahrul Azhar.

“Gandingan pemain lama dan baru ini menampakkan tanda-tanda positif. Encik Abd Razib berbakat sebagai penjaga gol, manakala Encik Najhan dapat menjadi tenaga penggerak yang mantap untuk pasukan. Encik Yahya dan Encik Sahri boleh bertindak sebagai penyerang,” ujarnya.

Sidang Blog mengucapkan selamat bertanding kepada pasukan Futsal SMKPS.

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to FUTSAL ANTARA BILIK GURU BATU PAHAT : SMKPS TURUT SERTA

  1. djokoe says:

    ayoooo yang semangat lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s