FUTSAL BILIK GURU: HAJAT SMKPS TIDAK KESAMPAIAN

Pemain SMKPS diwakili oleh Encik Abdul Razib Urif (penjaga gol), Encik Mustaffa Siraj dan Encik Najhan Azman (pemain pertahanan), Encik Norhisham Khalid, Encik Shahrul Azhar, Encik Shafie Buyamin (Pemain tengah), Encik Yahya Ahmad dan dan Sahri Othman selaku penyerang.

Pemain SMKPS diwakili oleh Encik Abdul Razib Urif (penjaga gol), Encik Mustaffa Siraj dan Encik Najhan Azman (pemain pertahanan), Encik Norhisham Khalid, Encik Shahrul Azhar, Encik Shafie Buyamin (Pemain tengah), Encik Yahya Ahmad dan dan Sahri Othman selaku penyerang.

Oleh : Mustaffa Siraj
Foto oleh : Ihsanuddin Ismail

BATU PAHAT, 2 Ogos,(SMKPS) – Hajat pasukan Futsal SMKPS untuk pergi lebih jauh dalam Pertandingan Futsal Antara Bilik Guru Batu Pahat tidak kesampaian apabila tumpas di peringkat kumpulan pagi ini.

Pasukan itu tumpas dengan jaringan yang tipis kepada SMK Tun Ismail, SMK Dato Bentara Luar dan Zon Yong Peng. Meskipun tumpas, pasukan SMKPS telah berusaha bersungguh-sungguh dalam permainan dan berusaha menyaingi pemain lawan yang rata-rata dibarisi pemain-pemain muda.

Pemain SMKPS diwakili oleh Encik Abdul Razib Urif (penjaga gol), Encik Mustaffa Siraj dan Encik Najhan Azman (pemain pertahanan), Encik Norhisham Khalid, Encik Shahrul Azhar, Encik Shafie Buyamin (Pemain tengah), Encik Yahya Ahmad dan dan Sahri Othman selaku penyerang.

Pengerusi Kelab Bilik Guru SMKPS merangkap Pengurus Pasukan, Encik Norhisham Khalid berpuas hati dengan persembahan pasukan, yang turut mencipta peluang baik pada setiap perlawanan. Beliau turut gembira dengan komitmen tinggi seluruh pemain, termasuk Ustaz Ihsanuddin selaku Penolong Pengurus.

“Kekalahan SMKPS dalam tiga perlawanan pagi ini tidak menggambarkan kelemahan pasukan yang ketara. Permainan agak seimbang dan tidak berat sebelah. Nasib tidak menyebelahi SMKPS apabila banyak peluang yang dicipta gagal disempurnakan oleh para pemain,” ujarnya.

Menurut Encik Norhisham, penyertaan dalam Futsal ini adalah sebagai salah satu aktiviti Kelab Guru SMK Penghulu Saad, dan pada dua minggu lalu, SMKPS telah menyertai Kejohanan Boling antara Bilik Guru. Beliau berharap kerjasama yang diberikan akan diteruskan demi kemantapan Bilik Guru SMKPS.

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to FUTSAL BILIK GURU: HAJAT SMKPS TIDAK KESAMPAIAN

  1. SMKPS says:

    Ala,sya kuda tua ni pun masih main lagi… Amoi kan masih muda dan mantap lagi…

    En Mus

  2. amoi says:

    tahun ni tak larat nak main,bagi peluang kat org muda2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s