LIGA BOLA SEPAK VETERAN JPNJ – BATU PAHAT BELASAH KLUANG 7-1

TANGKAS... Pemain Batu Pahat, Yahya Sirat (biru) cube melepasi pemain Kluang

TANGKAS... Pemain Batu Pahat, Yahya Sirat (biru) cube melepasi pemain Kluang

Berita dan Foto Oleh  : Mustaffa  Siraj

BATU PAHAT (2 Ogos) –  Pasukan Bola sepak Veteran MSKPP Batu Pahat telah membelasah pasukan Kluang  7-1 dalam perlawanan Liga Veteran yang berlansung di SMK Tinggi petang ini.

Gol-gol Batu Pahat dijaringkan oleh Bahrim Jalal (3 gol), Mohd Fadzil Kasmadi ( 2 gol), Daud Husin dan Daud Ahmad.  Pasukan Batu Pahat menguasai perlawanan sejak mula dan mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.  Empat gol lagi dihasilkan pada separuh masa kedua.

Pengurus Batu Pahat, Haji Abas Abd Aziz melahirkan rasa gembira dengan kemenangan ini yang akan membantu dari segi perbezaan gol berbanding dengan pasukan lain. Jumlah jaringan itu adalah yang terbesar setakat ini dalam Liga Veteran.

KENTAL....Pemain bek kiri Batu Pahat, Ismail Setam (biru) sedang beraksi

KENTAL....Pemain bek kiri Batu Pahat, Ismail Setam (biru) sedang beraksi

Pengerusi Bola Sepak Veteran MSKPP Batu Pahat, Puan Hajah Salbiah Maskan (Pengetua SMK Penghulu Saad) juga gembira dengan kemenangan ini. Beliau memuji persembahan mantap pasukan dan berharap mereka akan berusaha mencapai kemenangan apabila bertandang ke Kulai Ahad hadapan.

“Keyakinan dan persefahaman pemain berada pada tahap yang amat memuaskan. Semoga ia dikekalkan bagi menghadapi daerah Kulai nanti”, ujarnya.

Sebelum pulang, pegawai dan pemain telah dijamu makan sate di Restoran  Mana Lagi, di tepi sungai Batu Pahat, yang ditaja oleh Puan Hajah Salbiah Maskan.  Kejayaan pada hari ini amat manis dirasakan!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s