PERIHAL TIDUR

TIDUR LENA... Idaman banyak insan

TIDUR LENA... Idaman banyak insan

Rencana dan Foto oleh  : Mustaffa Siraj

  • Tidur merupakan aktiviti merehatkan minda dan badan, yang memungkinkan seseorang tidak sedarkan diri. Mungkin beberapa jam atau berjam-jam, baiasanya pada waktu malam.
  • Kerehatan yang kita dapat daripada tidur yang mencukupi, akan membolehkan kita bangun dalam keadaan segar dan bersedia menjalani proses kehidupan seterusnya.
  • Bagi orang dewasa, minimum tidur adalah 6 jam. Bagi yang sukar untuk tidur, hal itu dipanggil insomnia.
  • Setiap orang mahukan tidur berkualiti tanpa gangguan. orang yang kurang tidur akan menjadi lemah, letih tidak bermaya dan moody
  • Untuk mendapat tidur yang berkualiti, cuba lupakan masalah yang menghantui diri anda. Juga elakkan minuman berkafein, seperti kopi dan teh. Bagus  jika mengambil segelas susu. Jangan tidur dalam keadaa kekenyangan.
  • Tekanan pekerjaan, masalah peribadi dan rumahtangga, stres dan trauma boleh menjejaskan kualiti tidur. Adakalanya mereka meracau, terjaga tiba-tiba dan bercakap seorang diri ketika tidur. Tekanan-tekanan yang dialami itu jika berterusan, boleh menimbulkan masalah kejiwaan. Jumpalah pakar psikologi.
  • Catatkan jumlah masa tidur setiap malam, untuk melihat pola tidur anda. Jika 5 jam tidur sudah mencukupi untuk merehatkan badan anda, teruskanlah.
  • Sebahagian orang suka tidur yang pendek (take a nap), iaitu antara 10minit hingga 45 minit pada waktu petang. Tidur pendek ini bagus untuk merehatkan badan seketika. Tetapi elakkan tidur petang yang panjang (2-4 jam)
  • Pastikan anda tidur atas tilam yang lembut dan menggunakan bantal untuk  mengalas kepala anda. Jangan tidur tanpa tilam dan bantal – boleh mendatangkan sakit badan, sengal-sengal dan lenguh.
  • Elakkan menggunakan pil tidur jika mengalami masalah tidur, dibimbangi anda akan terlalu bergantung kepada pil dan menyebabkan ketagihan.
  • Dikatakan roh meninggalkan jasad ketika tidur. Jadi elakkan anda menyolek atau mengubah wajah anda sebelum tidur, bimbang  roh anda tidak kenal anda (wallahualam)
  • Sebaik-baiknya sebelum tidur anda membasuh kaki,  menggosok gigi, baca ayat-ayat suci seperti surah lazim, mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar. Ampunkan semua orang sebelum tidur.
  • Kesimpulannya,nikmatilah tidur anda. Cari kerehatan minda dan jasad. Carilah tidur yang berkualiti.
  • Sekiranya ada masalah tidur,  boleh bincang dengan saya… -Pakar Tidurlogi (Biar betul!)

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to PERIHAL TIDUR

  1. cikgu umie says:

    Pada 5hb. Julai akan diadakan Program Sinar Harapan di SMKPS untuk pelajar-pelajar yang gagal dalam Bahasa Melayu sewaktu Peperiksaan Pertengahan Tahun.Semua guru BM komited dan berharap pelajar-pelajar ini akan mampu bukan sahaja lulus tapi cemerlang.
    Moga pelajar-pelajar ini mampu memberikan kerjasama yang jitu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s