TAEKWANDO: MOHD ILHAM AMIN HARUMKAN NAMA SMKPS

CEMERLANG... Ilham Amin menerima pingat emas dan Insentif Kokurikulum daripada Pengetua SMKPS

CEMERLANG… Ilham Amin menerima pingat emas dan Insentif Kokurikulum daripada Pengetua SMKPS

Oleh  : Mustaffa Siraj

Foto: Mashudi Md Said

BATU PAHAT, 3 Ogos, (SMKPS) – Mohd Ilham Amin bin Ismail, pelajar Tingkatan 3 Anugerah SMKPS telah mengharumkan nama SMKPS apabila mendapat johan Kejohanan Taekwando Zon Selatan yang berlangsung di Stadium Badminton, Cheras, Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Ilham berjaya memenangi Kategori Lightweight . Sebelum itu, Iham memenangi pingat emas di Kejohanan peringkat Negeri Johor yang berlangsung di Dewan Jubli Intan, Muar.

Pengumuman kemenangan dan penyampaian hadiah telah dijalankan semasa perhimpunan mingguan di SMK Penghulu Saad pagi tadi. Selain pingat emas, Ilham menerima sumbangan Insentif Kokurikulum yang disediakan oleh Unit Kokurikulum, SMKPS. Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan telah menyempurnakan penyampaian hadiah.

Anak pasangan guru,  Ustaz Ismail Jais dan Ayu Darlu yang bertugas di SMK Dato Sulaiman ini jelas  gembira dengan kemenangannya dan memberi inspirasi  kepadanya ke arah kejayaan yang lebih cemerlang dalam Taekwando pada masa depan. Dia menghargai sokongan pihak sekolah dan kedua-dua ibu bapanya  yanng memungkinkan dia berjaya.

Kejayaan di peringkat negeri dan zon Selatan ini telah memberi sinar gemilang kepada Ilham Amin, Kelab Taekwando SMKPS dan SMKPS amnya.  Tahniah diucapkan kepada Ilham.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

7 Responses to TAEKWANDO: MOHD ILHAM AMIN HARUMKAN NAMA SMKPS

  1. rohaida zainal says:

    tahniah…bagus2…kekalkan prestasi…ada potensi masuk sekolah sukan bukit jalil..rasa mcm nak join sparring lah … teruskan usaha sampai peringkat lebih tinggi kerana banyak kelebihannya…
    siapa jurulatih sekarang??
    untuk pengetahuan… sy dulu bermula di smkps training taekwondo tahun 1995-1997..masa tu dibawah guru penasihat En Abd Razak Rahman… kemudian masih aktif di UiTM shah alam…2nd DAN… Sarjana Muda Sains Sukan dan sekarang…tgh tunggu nak hantar anak ke kelas tkd..he…he..🙂 chaiyok…

  2. AQILA 4AKTIF 2010 says:

    wow.. power la ilham ni.. nazak kalau bergaduh dengan dia ni

  3. LoliPop! says:

    tahniah diucapkan kepada ilham amen di atas kejayaan beliau
    semoga adik terus berjaya dengan cemerlang ^^
    insyaallah!

  4. munduk says:

    kalau dilihat pada pingat yang diterima Mohd Ilham Amin, beliau adalah johan peringkat kebangsaan, mungkin perlu sedikit pembetulan dalam berita di atas. moga terus cemerlang

  5. D. Ayu says:

    Terima kasih kepada Puan Pengetua, GPK Ko-Kurikulum, Cikgu Anida, cikgu Masudi, rakan-rakan kelab Taekwondo dan semua guru, kakitangan, rakan dan warga sekolah yang membantu dan menyokong kejayaan Ilham Ameen dalam kejohanan ini.

    Terima kasih juga kepada semua kerana memberi ruang yang amat positif dan bermakna kepada semua anak saya belajar di sekolah ini. Semoga ianya menjadi amal soleh yang berpanjangan pahalanya. Amin.

    Terima kasih.

  6. marina smkps says:

    kecik2 cili padi..walau kecil semangat kuat.tahniah buat ilham.semoga kecemerlangan anda menjadi teladan buat semua warga sekolah..

  7. marina smkps says:

    kecik2 cili padi..walau kecil semangat kuat.tahniah buat ilham.semoga kecemerlangan anda menjadi teladan buat semua warga sekolah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s