BOLA SEPAK VETERAN JPNJ: BATU PAHAT BERSEMANGAT TINGGI

BERSEDIA... Pegawai dan pemain  Batu Pahat

BERSEDIA... Pegawai dan pemain Batu Pahat

Berita dan foto oleh  : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 6 Ogos, (SMKPS) –  Pasukan Bola sepak Veteran MSKPP Batu Pahat bersemangat tinggi untuk menghadapi perlawanan penting apabila bertandang ke Kulai Ahad ini dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B Liga Veteran JPNJ 2009.

Jurulatih Batu Pahat, Encik Zainal Mohd Zin melahirkan keyakinan tersebut selepas sesi latihan pasukan bola sepak Batu Pahat di padang SMK Tinggi petang tadi.

“Pasukan Batu Pahat  kini berada di tangga teratas Kumpulan B, dan kita hanya perlu seri untuk mara ke separuh akhir.  Saya amat yakin pemain-pemain mampu melakar kemenangan apabila bertemu Kulai Ahad ini”.

Jurulatih Batu Pahat, Sdr. Zainal Mohd Zin

Jurulatih Batu Pahat, Sdr. Zainal Mohd Zin

“Kemenangan besar 7-1 ke atas Kluang minggu lalu telah menyuntik semangat Batu Pahat untuk mencipta kejayaan di Kulai. Saya perhatikan pemain-pemain Batu Pahat berada dalam keadaan cukup bersedia, cergas dan bersemangat tinggi,” ujar Encik Zainal lagi.

Beliau mempunyai banyak opsyen untuk menyusun pemain. Kehadiran bekas pemain senior Batu Pahat, Daud Ahmad dan Yahya Sirat telah memberi kekuatan tambahan di bahagian tengah. Encik Zainal sedang menimbang untuk meletakkan Yusri Tukiman, tonggak pertahanan ke bahagian serangan.

“Saya akan memikirkan opsyen-opsyen yang sesuai sebelum kita bertandang ke Kulai. Yang penting, kita akan cuba sedaya upaya untuk menang. Doakan kami berjaya…” sambung Encik Zainal lagi.

Pengerusi Bola Sepak Veteran BP, Puan Hajah Salbiah Maskan juga berharap agar pemain dapat bermain bersungguh-sungguh ke arah membawa kejayaan  apabila bertemu Kulai nanti. Beliau mahukan para pemain tidak cepat patah semangat  atau cepat menyerah kalah nanti.

Pegawai dan pemain Batu Pahat akan berlepasKE Kulai  dengan menaiki bas pada hari Ahad. Perlawanan dijangka bermula jam 4.45 petang.   Semoga berjaya!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s