LIGA BOLA SEPAK VETERAN: BATU PAHAT LAYAK KE SEPARUH AKHIR

PANTAS... Penyerang Batu pahat, Mohd Daud Husin cuba melepasi benteng Kulai

PANTAS... Penyerang Batu pahat, Mohd Daud Husin cuba melepasi benteng Kulai

Berita dan Gambar oleh: Mustaffa Siraj

KULAI, 9 Ogos, (SMKPS) – Pasukan Bola sepak Veteran MSKPP Batu Pahat berjaya ke separuh akhir Liga Bola Sepak Veteran  JPNJ apabila berjaya mengalahkan Kulai 2-0 dalam perlawanan sengit di Kulai petang tadi. Dengan kemenangan itu, Batu Pahat muncul johan kumpulan B.

Gol-gol Batu Pahat dijaringkan oleh Mohd Fadzil Kasmadi pada minit ke 12 dan ke 32, iaitu pada separuh masa pertama. Batu Pahat , yang berjersi biru, jelas mendominasi permainan separuh masa pertama dan mendapat beberapa peluang keemasan, yang gagal disempurnakan oleh Daud Husin dan  Salim Sahar.

CEMAS... Percubaan pemain Batu Pahat melepasi palang

CEMAS... Percubaan pemain Batu Pahat melepasi palang

Pada separuh masa kedua, Kulai menggandakan asakan, namun mendapati penjaga gol Batu Pahat,  Hamidun Kamin begitu kebal menjaga benteng. Batu Pahat turut terlepas beberapa peluang baik melalui  Bahrim Jalal dan Halim Abdullah. Kedudukan kekal hingga tamat permainan.

Pengurus pasukan Batu Pahat, Haji Abas Abdul Aziz jelas gembira dengan kemenangan ini. Menurutnya, Batu Pahat sepatutnya menjaringkan beberapa gol lagi, namun gagal disempurnakan.

” Yang penting, kita dapat masuk separuh akhir. Lawan kita nanti, mungkin Pontian atau Mersing. Namun kita bersedia menghadapi mereka. Saya berharap para pemain akan mengekalkan kecergasan kerana pertandingan separuh akhir akan dijalankan selepas Hari Raya”, ujar beliau lagi.

Dengan kemenangan ini, Batu Pahat muncul juara kumpulan B. Tahniah diucapkan kepada pasukan Batu Pahat.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to LIGA BOLA SEPAK VETERAN: BATU PAHAT LAYAK KE SEPARUH AKHIR

  1. SMKPS says:

    Terima kasih!!

    Kami akan cuba… Pemain bersemangat tinggi!
    penat tapi berbaloi…

    mustaffa siraj

  2. zulkifli siraj (kota bharu kelantan) says:

    wahhh!!!

    hebat batu pahat … tahniah!!

    semoga berjaya di separuh akhir dan seterusnya akhir dan menjadi johan

  3. zulkifli siraj (kota bharu kelantan) says:

    wahhh!!!

    hebat batu pahat … tahniah!!

    semoga berjaya di separuh akhir dan seterusnya akhir dan menjadi johan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s