PROGRAM MINGGU SEKOLAH SELAMAT DILAKSANAKAN DI SMKPS

DEMONSTRASI PEMADAMAN API...Anggota bomba menunjukkan cara menggunakan hos pemadam api

DEMONSTRASI PEMADAMAN API...Anggota bomba menunjukkan cara menggunakan hos pemadam api

Berita  oleh  : Mustaffa Siraj

Foto  oleh : Mohd Jais Bakar

BATU PAHAT, 11 Ogos (SMKPS)  – Program Minggu Sekolah Selamat  berjaya dilaksanakan di SMKPS. Pelancarannya disempurnakan oleh Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan  Isnin lalu. Beliau menyeru para pelajar supaya memandang serius aspek keselamatan bagi menjamin kesejahteraan dalam kehidupan. Program berjalan dari 3 hb Ogos hingga 11 Ogos 2009.

Sebagai pengisian pertama program, telah diadakan ceramah pada 4 Ogos, yang disampaikan oleh Encik Zainal Abidin bin Hamzah, Pegawai Kebajikan Masyarakat daerah Batu Pahat. Ceramah beliau bertajuk `Permasalahan Remaja dan Isu-isu Semasa’. Antara lain, beliau menekankan kepada para pelajar supaya menjadi pelajar berilmu dan berakhlak.  Sebagai aset kepada negara, beliau tidak mahu pelajar terjerumus kepada aktiviti kurang sihat dan mengancam kesejahteraan masyarakat.

ALATAN KESELAMATAN...Penggunaan topeng keselamatan

ALATAN KESELAMATAN...Penggunaan topeng keselamatan

Pada hari Rabu 5 hb Ogos, diadakan Ceramah Kesihatan yang bertajuk `Penjagaan dan Keselamatan Ancaman H1N1′, yang disampaikan oleh Puan Azizah bt Abdul Ghani, Ketua  Jururawat Hospital Batu Pahat. Aspek punca, kesan dan langkah mengurangkan penularan H1N1 diberi penekanan dalam ceramahnya.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Zon Yong Peng juga datang  pada 10 Ogos untuk membimbing pelajar aspek keselamatan semasa kebakaran. Mereka memfokuskan  aspek Pengongsian Bangunan. Penerangan dan demonstrasi yang diberikan kepada para pelajar di padang sekolah menarik perhatian para guru dan pelajar.

Setiausaha Program Sekolah Selamat SMKPS, Encik Mohd Jais Bakar berpuas hati dengan tahap kerjasama guru dan pelajar sepanjang program dijalankan. Penceramah jemputan juga telah memberi input yang sesuai dengan keperluan semasa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program pada tahun ini.

Program Sekolah Selamat yang dijalankan itu ternyata memberi maklumat dan gambaran yang baik kepada para pelajar, supaya menekankan aspek keselamatan sepanjang masa, baik di dalam mahupun di luar sekolah. Dengan pelbagai permasalahan yang  timbul kini, sikap berwaspada  amat dialu-alukan.

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s