PUISI BUAT SDR NAJHAN AZMAN HAMID

BLOGGERS SMKPS... En Mustaffa, En Najhan dan En Khamsuldin

TEAM BLOGGERS SMKPS... (Dari kiri)En Mustaffa, En Najhan dan En Khamsuldin

Oleh: Mustaffa Siraj

Foto: Nor Adika Nor Azman

 

Februari 2009 kau mula menjejakkan kaki di SMKPS

memikul tugas sebagai pendidik

mencambah tunas muda agar gemilang

mencurah ilmu  komputer kepada kami

Menyemai  ilmu kewartawanan BERNAMA

mengasaskan Blog SMKPS

mendedahkan FB, YM dan Blog

sambil kau mempelajari bidang  keguruan

 

Kini kau bakal meninggalkan kami

meski tenagamu masih diperlukan

Kemesraanmu mencuri tumpuan

kebaktianmu sukar dilupakan

ketampananmu diakui rakan

tetapi kami akur pilihanmu

apa yang pasti

kami menghargai sumbangan baktimu

selamat bertugas di SMK Tasik Utara 2, Johor Bahru

Moga hubungan kita kekal bertahan

Kekalkan sifat dan pekertimu yang mulia

Maafkan kami atas segala kesalahan

Kami di sini dilupa jangan.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

9 Responses to PUISI BUAT SDR NAJHAN AZMAN HAMID

  1. shah says:

    huhuu,:)
    abg najhan sudah jadi cikgu..alhmdulillah..
    jsa seorang guru amat di sanjungi.yushh chayouk.

  2. umie73 says:

    Pandai juga Mashudi berpuisi ya…kira ada juga le jiwa sentimental dlm diri dia. Tahniah..bukan setakat kayu je boleh ,puisi pun boleh…

  3. cikgu umie says:

    Rasanya baru semalam kita bersua,
    Rasanya baru kelmarin kita bergelak ketawa,
    Rasanya baru saja kita mulai mesra,
    Rasanya baru kini aku mengenali ym, blog bersamamu,
    Rasanya kini aku benar-benar kehilangan,
    Rasanya bayangmu aku tercari-cari,
    baru jari-jari ini mengenal e-mail kau pergi,
    Apapun, teruskan perjuanganmu sebagai pendidik,
    Mendidik insan-insan istimewa yang membutukanmu,
    Kakakmu di sini sentiasa mendoakan kejayaanmu,
    Terima kasih segalanya Najhan….

  4. En Mus says:

    Sajak adalah satu cara luahan minda… kebetulan sahaja nampak sentimental, Salina!

    Lagipun merupakan suara hati warga SMKPS terhadap insan bernama Najhan.. ewah!

    Wah sedap la suara Salina nyanyi lagu tu ! Lagu tu mmg sesuai untuk episod perpisahan – dah diakui sejak zaman saya muda-muda dahulu! kihkihkih
    Thanks for your comment..

  5. salinasaid says:

    la, sajak la plak….mcm sentimental lak…hihi
    sy nk bsajak tp xde gaye n bakat, smpikan lagu ley x:

    tuai padi antara masak
    esok jangan layu2 an
    intai kami antara nmpak
    esok jgn rindu2an…..

    actualy, im not sure pe relatednya lagu ni dgn kisah ppindahan en njhan ni, tapi bolehlah wat penyedap halwa telinge….hihihih

  6. balqis says:

    jika kesilapan semalam belum terampun MAAFKANLAH
    jika kesilapan hari ini menyakitkan harap LUPAKANLAH
    jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat
    SELAMAT MAJU JAYA
    JASAMU AKAN KAMI KENANG

  7. D. Ayu says:

    Cikgu Najhan,

    Terima kasih kerana selama ini mengambil gambar anak-anak saya dan selalu update weblog ini sehingga saya banyak mengikuti perkembangan anak-anak saya dari blog ini. Blog ini banyak memberi inspirasi. Semoga ia akan kekal sebagai sumber inspirasi.

    Walaupun kami sekeluarga sedih dengan pemergian cikgu, namun kami terpaksa mengucapkan selamat kepada perjuangan cikgu di sekolah baru.

    Terima kasih cikgu.

  8. ramlanpit says:

    aku perlu
    tetapi perlukah aku
    hanya yang perlu amat memerlukan
    muhasabah diri perlu
    perlu sebagai keperluan
    bagi yang teramat perlu
    jangan perlu saja tetapi tiada yang perlu

  9. mashudi says:

    Kini kau bakal meninggalkan kami

    meski tenagamu masih diperlukan

    tetapi kami akur pilihanmu

    apa yang pasti

    kami menghargai sumbangan baktimu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s