SMKPS ADAKAN MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN CIKGU NAJHAN HAMID

CENDERAMATA UNTUK CIKGU NAJHAN... Disampaikan pengetua SMKPS

CENDERAMATA UNTUK CIKGU NAJHAN... Disampaikan pengetua SMKPS

Berita oleh : Mustaffa Siraj

Gambar oleh : Nor Adika Nor Azman

BATU PAHAT , 16  Ogos, (SMKPS)  – SMK Penghulu Saad mengadakan majlis  perhimpunan khas untuk Cikgu Najhan Azman Hamid, yang akan bertukar ke SMK Tasik Utara 2 bermula 17 Ogos. Majlis diadakan di Dataran Kejat SMKPS  Jumaat lalu.

SAJAK UNTUK CIKGU NAJHAN... Dideklamasi oleh Siti Nabila Sakroni

SAJAK UNTUK CIKGU NAJHAN... Dideklamasi oleh Siti Nabila Sakroni

Pada  majlis tersebut, Siti Nabilah Sakroni, pelajar kelas 4 Aktif telah mendeklamasikan sebuah sajak yang ditujukan kepada Cikgu Najhan, bertajuk `Salam Perpisahan, guruku’.  Antara lain, sajak itu memaparkan sumbangan bakti Cikgu Najhan di SMKPS dan harapan agar  Cikgu Najhan berjaya di tempat baru.

Dalam ucapannya, Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan melahirkan  penghargaan atas sumbangan  Cikgu Najhan dalam membangunkan Blog SMKPS dan menjayakan program-program sekolah sejak berada di SMKPS mulai Februari lalu.  Beliau berharap agar  Cikgu Najhan dapat terus memberikan sumbangan bermakna untuk sekolah dan dunia pendidikan amnya.

Cikgu Najhan dalam ucapannya pula berterima kasih kepada seluruh warga SMKPS kerana memberi layanan baik kepadanya selama di SMKPS dan mengucapkan selamat maju jaya kepada  pelajar-pelajar SMKPS.

Cenderamata telah disampaikan oleh Pengetua SMKPS, Pengerusi Bilik Guru dan para pelajar. Selesai majlis, Cikgu Najhan diraikan guru-guru dengan jamuan yang disediakan oleh Kelab Bilik Guru. Pelbagai juadah lazat dihidangkan, antaranya rendang ayam, cendawan masak lemak, aneka kuih-muih, susu dadih, buah-buahan dan 2 jenis minuman.

KHUSYUK.. Haji Zainal, En Najhan dan En Mustaffa mendengar ucapan  Pengetua SMKPS

KHUSYUK.. Haji Zainal, En Najhan dan En Mustaffa mendengar ucapan Pengetua SMKPS

Anak kelahiran Kuala Lumpur, Cikgu Najhan mendapat pendidikan menengah di SMK Tengku Temenggung Ahmad, Muar sehingga tahun 1999. Beliau  mendapat ijazah Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2008.

Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik dan merupakan anak seorang peniaga. Hobi beliau adalah berenang, fotografi dan membaca buku.

Bagi guru dan pelajar yang  ingin menghubungi Cikgu Najhan, beliau boleh dihubungi menerusi alamat berikut:

No. 9. Kg  Parit Medan, 84710 Kundang Ulu, Muar Johor.

Cikgu Najhan, forget  us not! We’ll miss you…

SELAMAT TINGGAL SMKPS... Terima kasih kepada semua!

SELAMAT TINGGAL SMKPS... Terima kasih kepada semua!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

5 Responses to SMKPS ADAKAN MAJLIS MERAIKAN PERTUKARAN CIKGU NAJHAN HAMID

  1. friend of mickey_7 says:

    cikgu best!x dpt nk lupakan jasa y tlh dtabur…good luck d DUNIA BARU…

  2. hafizin says:

    jasa ckgu tetap dikenang…….. from all student 2 aktif

  3. SMKPS says:

    Harimau mati meninggalkan belang,
    Najhan pergi tinggalkan bakti yang sukar dibilang…

    Kat bilik guru, kami merenung kerusimu yang kosong..
    Ape nak buat, terima aje la hakikat!!

    En Mus

  4. salinasaid says:

    la, nk pindah lak upenye….hmmm….xpe, whatever hppen, pjuangan perlu d truskan…slmt bjuang di new environment…..

  5. eifa_ePPDa says:

    jasamu tetap dikenang.. ckg plg best! (+_-)v

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s