PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMKPS MERIAH

Encik Razak sedang membuka banting perasmian
Encik Razak sedang membuka banting perasmian

 Berita oleh  :  Mustaffa Siraj

Gambar oleh : Mohd Nazrul Helmi

BATU PAHAT 17 Ogos (SMKPS) –  Pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan  peringkat SMKPS berlangsung meriah pagi tadi di Dataran Kejat SMKPS, dan dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan SMKPS, Encik Abdul Razak Abdul Rahman. Pengetua SMKPS berada di Kelantan atas urusan rasmi.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa  oleh Ustaz Ihsanuddin Ismail, disusuli ucapan Ketua Bidang Sains Kemasyarakatan, Haji Hasanin Tamio. Acara diteruskan dengan ucapan perasmian sambutan oleh Encik Abdul Razak Abdul Rahman, PK SMK Penghulu Saad.

Kumpulan Koir SMKPS mengalunkan lagu patriotik

Kumpulan Koir SMKPS mengalunkan lagu patriotik

Kemudian acara diteruskan dengan acara melepaskan  dua ekor burung merpati, sebagai tanda kebebasan dan kemerdekaan. Burung itu dilepaskan dengan satu bendera Malaysia yang kecil dilekatkan di kaki. Burung meluncur laju ke angkasa. Encik Razak kemudian membuka banting perasmian Bulan Kemerdekaan sebagai tanda perasmian sambutan.

Acara diteruskan dengan persembahan nyanyian ahli Kelab Koir, yang mendendangkan lagu Jalur Gemilang dan lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad, `31 Ogos 1957′. Seterusnya  acara Deklamasi sajak bertajuk `Merdeka Ini Milik Kita’, yang disampaikan oleh   adik Mohd Ashraf Othman dan Nor Fateha Abdullah. Persembahan mereka yang bersemangat telah menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan guru dan pelajar.

Majlis perasmian diakhiri dengan nyanyian Lagu tema perayaan Merdeka 2009, `1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’  serta lagu Negaraku.

Puan Nora Asyikin menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan, Haji Ishak Zam Zam

Puan Nora Asyikin menyampaikan cenderamata kepada penceramah jemputan, Haji Ishak Zam Zam

Selesai majlis perasmian satu ceramah Patriotisme telah diadakan di surau. Ceramah disampaikan oleh Tuan Haji Ishak  Zam Zam dan dihadiri pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Antara lain, beliau menceritakan pengalaman hidup pada zaman Jepun, Darurat, detik-detik kemerdekaan dan zaman Malaysia merdeka. Ceramah berakhir jam 10.45 pagi.

Puan Nor Asyikin Adnan, Ketua Panatia Sejarah SMKPS menjelaskan, beberapa aktiviti telah disusun sepanjang sambutan bulan Kemerdekaan , antaranya  pertandingan menulis esei, pertandingan mencipta sajak, pertandingan membuat sepanduk, pertandingan melukis dan kuiz sejarah. Sambutan bulan Kemerdekaan berlangsung dari 17 ogos hingga 16 September 2009.

Beliau berpuas hati dengan kelancaran majlis perasmian dan kerjasama guru-guru panatia. Harapan beliau agar pelajar-pelajar dapat mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang dijalankan, seterusnya menerapkan semangat nasionalisme  dalam diri masing-masing.

Semoga semarak semangat Merdeka!

Semoga semarak semangat Merdeka!

Semoga pengisian sambutan mampu menyemarakan semangat patriotik dan kemerdekaan seperti yang dihasratkan!

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SMKPS MERIAH

  1. akim 1 asparasi says:

    selamat menyambut bulan puasa dan bulan kemerdekaan untuk semua warga sekolah smkps

  2. amri says:

    Merdeka Ini Milik Kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s