SALAM RAMADAN BUAT SEMUA

RAMADAN... Tingkatkan amalan

RAMADAN... Tingkatkan amalan

Rencana  dan gambar oleh  : Mustaffa Siraj

Bulan Ramadan  al-Mubarak datang lagi dan kita akan berpuasa kira-kira sebulan.  Dalam menempuh bulan penuh barakah ini, marilah kita sama-sama memperhalusi perkara-perkara berikut, sebagai satu  renungan dan muhasabah diri.

  • Bulan Ramadan ini medan untuk kita melaksanakan tuntutan agama, dan dalam konteks ini, kita bukan setakat berlapar dahaga. Sewajarnya kita memperelok perangai dan sikap kita. Misalnya, singkirkan sifat membazir, hasad dengki, mengumpat dan perlulah kita bertimbang rasa/menginsafi akan nasib orang miskin.
  • Kita juga perlu menambah amalan, seperti membaca Quran (seelok-eloknya khatam Quran), membayar zakat fitrah, bersedekah, bertarawih dan witir, membanyakkan zikrullah, membanyakkan sedekah dan membuat kerja kebajikan.
  • Janganlah hiasi Ramadan dengan tidur yang panjang. Ramadan bukan untuk kita meninggalkan rutin baik yang biasa kita lakukan. Dengan ganjaran pahala yang berganda, rebutlah pahala sebanyak mungkin.
  • Baginda Rasulullah (saw) amat menantikan Ramadan.  Sahabat-sahabat Nabi pula amat gembira dengan kedatangan Ramadan dan amat bersedih apabila Ramadan berakhir. Baginda dan sahabat mengisi Ramadan dengan ibadah dan kebajikan.
  • Ramadan menjadi sumber kekuatan tambahan kepada umat Islam zaman Nabi. Perang Badar berlaku pada bulan Ramadan, tetapi Nabi dan sahabat tetap gagah di medan Badar, hingga beroleh kejayaan.
TADARUL AL-QURAN... Jadikan amalan pada bulan Ramadan

TADARUL AL-QURAN... Jadikan amalan pada bulan Ramadan

  • Pada awal Ramadan, masjid dan surau penuh dengan jemaah untuk bersolat Terawih. Apabila semakin menuju ke akhir Ramadan, masjid semakin kurang jemaah keran ramai yang sibuk menyedakan keperluan Hari Raya. Sewajarnya janganlah terlalu fokus kepada persiapan Raya sahaja.
  • Sebahagian umat Islam pergi solat berjemaah pada bulan Ramadan, dan tidak pada bulan-bulan lain. Sewajarnya amalan solat berjemaah  diteruskan pada bulan-bulan lain. Ganjaran dan pahala besar apabila bersolat jemaah, berbanding solat seorang diri.
  • Apabila menyediakan  atau membeli juadah berbuka puasa, janganlah berlebihan. Memang ketika lapar berpuasa, semuanya menyelerakan. Tetapi kita bimbang, ketika berbuka, cepat benar seseorang menjadi kenyang dan banyak makanan yang tidak berusik. Elakkan pembaziran. Beli ala kadar sahaja. Jangan jadikan Ramadan sebagai `pesta makan’.
  • Amalan bersahur adalah sunat. Makanan yang tidak habis ketika berbuka, boleh dimakan ketika bersahur. Jangan lupa makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan seimbang perlu dimakan.
  • Masa yang terluang boleh diisi dengan berwirid, membaca buku agama atau buku pengetahuan yang lain.
  • Ada sebahagian umat Islam yang tanpa segan silu makan di tempat terbuka. Ada juga yang pura-pura berpuasa dan  menunjukkan keletihan, tetapi sebenarnya tidak puasa. Allah tahu apa yang kita buat…
  • Sedih melihat orang Islam yang berpuasa, tetapi masih membeli  Nombor Ekor. Judi tu haram. Bukan bermakna hanya pada bulan puasa sahaja tidak boleh berjudi, tetapi sepanjang masa…
  • Ada umat Islam yang masih berbalah atas perkara kecil, seperti bilangan rakaat  solat Tarawih, 8 atau 20? juga soal  bacaan talqin  ke atas jenazah. Juga tentang doa Qunut.  Jangan hukum semua perkara bidaah (perkara baru yang tidak berlaku pada zaman Nabi) sebagai menyeleweng daripada ajaran Islam. Perkara yang baik wajar diteruskan.
  • Elok berbuka puasa dengan buah tamar (kurma) dan air suam. Kemudian solat Maghrib. Selepas itu boleh makan dengan sempurna. Jangan `gelap mata’ apabila tengok makanan, lalu makan  dan minum sebanyak-banyaknya. Akibatnya, 10  minit dah tersandar dan termengah-mengah. Nak bangun pun susah. Apatahlagi hendak solat. Jadi bersederhanalah menghadapi makanan.
  • Semoga puasa kita mendapat keberkatan dan diterima Allah. Selamat menjalani ibadah puasa…

 

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s