MUSIM PEPERIKSAAN SUDAH TIBA

Oleh: Mustaffa Siraj

BATU PAHAT 25 Ogos (SMKPS) – Musim peperiksaan sudah tiba! Jika pada minggu lalu telah selesai peperiksaan akhir tahun bagi Tingkatan 3, maka pada 2 September, bermulalah peperiksaan percubaan bagi pelajar Tingkatan 5. Peperiksaan itu akan berlangsung selama tiga minggu.

Peperiksaan PMR akan menyusul pada awal Oktober nanti. Bermakna selepas Hari Raya (dijangka 22 September), pelajar ada kira-kira dua minggu sebelum menempuh perjuangan dalam peperiksaan PMR. Jadi kena lah bahagi masa antara belajar dengan beraya..

Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan telah  mengadakan sesi perjumpaan dengan ibu bapa para pelajar cemerlang Tingkatan 3 dan 5 sejak dua minggu lalu.  Beliau berharap perjumpaan sedemikian dapat menyuntik semangat kepada para pelajar  untuk mencapai keputusan cemerlang dalam PMR dan SPM.

“Ibu bapa perlulah memantau dan memberi galakan kepada anak-anak mereka agar lebih fokus bagi menghadapi peperiksaan besar itu. Saya sudah bercakap perkara yang sepatutnya,  semoga dapat meningkatkan keyakinan para pelajar dalam menghadapi peperiksan,” ujar beliau.

“Walaupun semakin suntuk, pelajar perlu bijak membahagikan masa untuk belajar. Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya, fikir-fikirkanlah tentang persediaan untuk peperiksaan. Korbanlah masa dan perhatian demi kejayaan dalam peperiksaan itu nanti,” sambung beliau lagi.

Semoga para pelajar dapat membuat persediaan rapi untuk peperiksaan. Buat ulang kaji dengan teratur.  Latihan tambahan hendaklah dibuat dan usaha menghafal dan menguasai topik-topik penting perlu digandakan. Sidang Blog SMKPS mengucapkan selamat berjaya dalam peperiksaan nanti.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to MUSIM PEPERIKSAAN SUDAH TIBA

  1. myra says:

    4 student2 PMR cyyok2….gud luck!fighting2….jgn lpe minta berkat ilmu kat guru2 SMKPS…….

  2. cikgu umie says:

    Buat anak-anak didikku berjuanglah. Semoga berjaya . jangan sesekali menghampakan harapan kedua orang tuamu dan guru-gurumu. Good luck. 3 AKTIF SEMUA A.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s