TAKZIAH BUAT CIKGU AHMAD FADZIL

Oleh: Mustaffa  Siraj

BATU PAHAT, 26 Ogos (SMKPS) –  Cikgu Ahmad Fadzil Mohd Arif, Guru Cemerlang SMKPS menerima berita sedih menjelang Ramadan baru lalu apabila isteri tersayang, Normah Haji Ahmad kembali ke rahmatullah pada 15 Ogos di Hospital Batu Pahat.

ENCIK AHMAD FADZIL... Guru Cemerlang

ENCIK AHMAD FADZIL... Guru Cemerlang

Puan Normah, seorang guru  di Sek. Kebangsaan  Bagan sebelum itu mengalami kanser rahim, mengadu sakit perut pada pagi 15 Ogos, lalu dikejarkan ke Hospital Batu Pahat. Setelah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri  (koma) beberapa jam, beliau menghembuskan nafas yang akhir kira-kira jam 5 petang hari yang sama.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Parit Siba, Bagan pad 11 pagi 16 Ogos. Ramai sahabat handai dan saudara mara datang menziarahi dan membacakan doa untuk Allahyarhamah.

Puan Hajah Salbiah Maskan, Pengetua SMKPS mengucapkan takziah kepada En. Ahmad Fadzil bagi pihak guru dan kakitangan SMKPS. Beliau berharap agar En Fadzil dapat bersabar atas dugaan ini dan berdoa semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat Allah swt.

Encik Ahmad Fadzil jelas amat sedih atas pemergian isterinya. Beliau tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru-guru dan kakitangan yang datang menziarahi, mendoakan allahyarhamah  serta memberi sumbangan ikhlas masing-masing.

Sidang Blog SMKPS mendoakan agar  roh Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang -orang Solihin dan mendapat ganjaran syurga Allah. Amin.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

7 Responses to TAKZIAH BUAT CIKGU AHMAD FADZIL

  1. cikgu umie says:

    Macam kenal dengan nama melan ni….berul tu..kehidupan harus diteruskan….apapun…bagai pelangi petang kaukan pasti pergi jua….

  2. melan says:

    bila tiba hari raya semua insan bergembira, tetapi bagiku…..lirik lagu ini amat berkesan tapi jangan sedih…..kehidupan mesti diteruskan kita lagu lagu gembira…dalam hening subuh hatiku terharu……selamat mengimarahkan bulan Ramadan al-Mubarak

  3. cikgu umie says:

    Takziah juga buat Fadzil, moga tabah bersama anak-anak menempuh kehidupan apalagi menyusuri Ramadhan dan menjelang Aidil Fitri. Ingat…kami kawan-kawanmu sentiasa memberikan sokongan yang padu dan jitu. Semua dalam kehidupan ini hanya pinjaman,entah esok, entah lusa kita pula yang akan menyusuli.

  4. salinasaid says:

    salam….tkziah diucapkan wat En. Fadhil…kuatkn smgt di ats khilangan insan tsyg….peganglah kate2 bhwa segala yg kita miliki bkn hak mutlak kita, hnye sekadar pinjaman dr Dia jua…tibe mse ianya akan diambil semula…redha adalah jln terbaik agr rohnye sntiasa tenang di sana…jgn ditangisi pd yg tiada, pndang kehadapan kerana di sana msih ada yg mmerlukan perhatian kita…

  5. SMKPS says:

    TQ di atas ucapan TAKZIAH tersebut. Sama-samalah kita mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin………….

  6. ex-student(5aktif-2008) says:

    salam…
    takziah di ucapkan kepada cikgu fadil…di harap cikgu dapat menerima dugaan ini dgn hati yg tabah dan sabar…kuatkan lah semangat cikgu…salam ramadhan al-mubarak untuk cikgu fadil….

  7. Kami seluruh warga SMK Dato’ Sulaiman mengucapkan takziah kepada Cikgu Ahmad Fadzil Mohd Arif atas pemergian isteri ke rahmatullah. Dari jauh (dekat) kami mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Ilahi sepanjang jasadnya bersemadi di alam yang kekal abadi bersama keredhaan Ilahi.

    Wakil guru-guru dan staf SMKDS,
    Pn. Ayu Darlu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s