MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

MERDEKA! Jalur Gemilang, kebanggaan kita

MERDEKA! Jalur Gemilang, kebanggaan kita

Rencana dan Gambar Oleh : Mustaffa Siraj

31 Ogos 2009 menjelang tiba.  Pada tarikh itu kita bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke-52. Bersempena tarikh keramat itu, elok kita perhalusi beberapa perkara, untuk menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dalam jiwa kita.

  • Setelah  Parti Perikatan mendapat mandat yang besar dalam pilihanraya tahun 1955 dengan manifesto untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman  dan rombongan telah ke London untuk menuntut kemerdekaan daripada British.
  • Pihak British memberi layanan yang dingin. Mereka masih mahu mengekalkan penguasaan terhadap Tanah Melayu. Tetapi Tunku Abdul Rahman tidak patah semangat. Beliau berusaha habis-habisan untuk meyakinkan British agar memberi kemerdekaan.
  • Usaha gigih Tunku tidak sia-sia.. Akhirnya British dengan berat hati memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun terdapat beberapa parti politik di tanah air yang memandang sinis kemerdekaan itu dan tidak yakin bahawa kita mampu mentadbir negara merdeka.
  • 31 Ogos 1957: Laungan Merdeka! Merdeka! berkumandang di Stadium Merdeka,  yang dilafazkan oleh Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan semua raja-raja Melayu, wakil kerajaan British, wakil negara asing dan rakyat yang memenuhi stadium itu. Betapa banyak air mata yang tumpah keharuan kerana telah melalui zaman Jepun, Bintang Tiga, MPAJA dan perjuangan melawan Komunis.
  • Kemerdekaan itu amat manis dirasakan kerana kita mendapat kemerdekaan secara rundingan dan diplomasi, tanpa peperangan dan pertumpahan darah. Banyak negara lain terpaksa merdeka dengan jalan peperangan hingga bertahun-tahun. Kita merdeka secara aman!
  • Selepas merdeka, kerajaan berjaya melaksanakan pelbagai langkah kemajuan ekonomi dan sosial. Kita berjaya meninggalkan jauh negara-negara yang merdeka pada tahun 1950-an itu. Kebijaksanaan pemimpin negara silih berganti telah mencorakkan kemajuan pesat kita dalam pelbagai bidang.

 

merayakan Hari Merdeka

  • Keupayaan kita mengekalkan keamanan walaupun mempunyai penduduk berbilang kaum perlu kita banggakan. Masyarakat majmuk yang kita miliki dapat mengekalkan keharmonian dan toleransi hingga ke hari ini.
  • Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan kedamaian dan kestabilan negara, bersama-samalah kita membina Malaysia di bawah slogan 1Malaysia seperti yang  disaran oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.
  • Jadikan tarikh keramat 31 Ogos ini untuk kita jayakan agenda negara ke arah masa depan negara yang  cemerlang, gemilang dan terbilang.
  • Akhir kata, Salam Merdeka untuk semua. Dah kibar Jalur Gemilang?

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

4 Responses to MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

  1. LoliPop! says:

    Slmat menyambut hari kemerdekaan.
    Semoga smangat patriotik terus tersemat di jiwa para remaja

  2. cikgu umie says:

    Kemerdekaan sukar untuk dicapai oleh datuk dan nenek kita. Merdeka maksudnya bebas dari segala-galanya, samada cara hidup kita atau pemikiran kita.Namun kini, ramai anak-anak muda yang masih belum merdeka sepenuhnya.Waktu Maghrib masih memenuhi angkruk di depan kampung.Merdekakah itu? Mereka tidak tahu bersyukur dengan nikmat kemerdekaan.

  3. En Mus says:

    citer Upin Upin ade le… kol 5.30 ptg di TV9. Diawalkan kerana kalau disiarkan kol 7.00, kaum wanita masih sibuk masak kat dapur. Kaum lelaki sedang leka sms. YM dan FB kat bilik…he3.. betul betul betul!!

  4. salinasaid says:

    nape ek xde cite upin ipin lak ek bulan pose kali ni..if ade kn syok…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s