KUIZ RAMADAN

RAMADAN...biar berisi dengan amalan

RAMADAN...biar berisi dengan amalan

Oleh  : Mustaffa  Siraj

Sempena bulan Ramadan, saya sediakan Kuiz Ramadan yang mudah ini. Silalah jawab, jangan malu-malu, isin-isin dan segan-segan. Di samping menguji pengetahuan anda, dapat juga kita mengisi masa lapang.  Kalau tak tahu jawapan, bukalah kitab atau tanya kawan-kawan… (Jangan tanya  kat saya ya!)  Ready? Go!

1.  Bulan Islam sebelum bulan Ramadan ialah:_____________________.

2. Waktu tamat untuk bersahur dipanggil waktu ___________________.

3. 2 solat yang dikerjakan setelah solat Isya’ ialah _____________ dan _______________.

4. Apakah yang disunatkan ketika berbuka  puasa ?

5. Tarikh 17 Ramadan dikenali juga dengan nama________________.

6. Zakat yang dikenakan kepada umat Islam dan dibayar sebelum Hari Raya______________.

7. Hukum mengorek ke dalam hidung pada bulan Ramadan______________.

8. Jika seseorang makan dengan tidak sengaja, apakah hukum dia berpuasa?

9. Solat Witir  terdiri daripada  berapa rakaat?

10Penentuan tarikh awal Ramadan  adalah dengan perkenan siapa?

11. Kadar zakat fitrah bagi negeri Johor?

12 Perkataan Arab bagi `puasa’ ialah?

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

7 Responses to KUIZ RAMADAN

  1. Siti Salwani Bte. Musafa says:

    kalau macam tu, nampaknya sy kna poskan la yuran penyertaan tu….(“,)

  2. SMKPS says:

    Jika awak sertai kuiz sekarang, bayarannya RM5, Tapi jika sertai masa Raya, dah naik jadi RM10… sebab masa tu duit Raya dah banyak kan… Bayar kepada Cikgu Khamsuldin di pt. Selulun ( waktu pejabat: 8 pagi-430 petang))…

  3. Siti Salwani Bte. Musafa says:

    oohh…mcm tu ye ckgu……(“,) cmna sy nk byr yuran pnyertaan ni….?? hutang dlu smpai rya, boleh…?? (“,)

  4. En Mus says:

    Yuran penyertaan tu kira sedekah la bulan Ramadan ni.. Masuk tabung kebajikan pelajar.. Susah2 masuk poket saya… he3

  5. Siti Salwani Bte. Musafa says:

    ad yuran pnyertaan juga ke…?? ingtkn FOC……huhuhu…..(“,)

  6. En Mus says:

    sape-sape boleh jawab. setiap penyertaan kena bayar RM5.. hadiah lumayan menanti pemenang.. tunggu pengumuman penaja kuiz, Sabun Cap Kapak..(bukan Rock Kapak ya..) he3

  7. Siti Salwani Bte. Musafa says:

    nak jawab jgk…….boleh x…?? hehehe….(“,)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s