MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SMKPS 2009

Para Ibu di majlis Solat Hajat Perdana

Para Ibu di majlis Solat Hajat Perdana

Berita oleh: Mustaffa Siraj

Foto oleh : Mashudi Md Said

BATU PAHAT , 6 September (SMKPS) –  Majlis Solat Hajat Perdana peringkat SMKPS 2009 berjaya disempurnakan pagi tadi dengan dihadiri kira-kira 500 guru, ibu bapa dan pelajar. Solat itu diadakan untuk mendoakan kejayaan pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Selepas pendaftaran, majlis dimulakan dengan Solat Dhuha dan Solat Hajat, diikuti dengan bacaan Wirid Khaujakan dan bacaan surah Yasin. Ia dipimpin oleh Haji Basir Sugio, Pengerusi Badan Khaujakan Batu Pahat dan Haji Majid Rasul, Naib Pengerusi 2 Badan Khaujakan Negeri Johor.

Majlis diteruskan dengan ucapan Pengerusi PIBG SMK Penghulu Saad, Encik Mohd Arif Othman. Beliau menghargai kehadiran ibu bapa dalam menjayakan program pada kali ini.

Majlis diakhiri dengan ucapan Pengetua SMK Penghulu Saad, Puan Hajah Salbiah Maskan. Beliau menyeru para ibu bapa agar  lebih memberi perhatian atas pelajaran anak-anak masing.

Para jemaah lelaki sedang berwirid

Para jemaah lelaki sedang berwirid

“Peperiksaan PMR tinggal 31 hari, manakala peperiksaan SPM tinggal 46 hari. Tidak lama lagi pula sambutan Hari Raya. Oleh yang demikian para ibu bapa dan pelajar perlu memikirkan tentang matlamat untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR dan SPM nanyi,” ujarnya.

Beliau yang menggunakan power point, turut menyentuh kajian terhadap pelajar Islam di SMKPs. Didapati hampir 80% tidak  menunaikan solat 5 waktu yang cukup setiap hari. Didapati hampir 40% telah menghisap rokok dan 30% pernah menonton bahan pornografi.  Pengetua mahukan ibu bapa lebih peka dengan apa yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

Program Solat Hajat kali ini menempatkan para guru, bapa dan pelajar lelaki di surau, manakala pelajar perempuan dan ibu mereka ditempatkan di anjung musolla dan kawasan kantin.

Semoga Allah menunaikan permohonan doa daripada guru, ibu bapa dan pelajar SMKPS. Amin.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

5 Responses to MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA SMKPS 2009

  1. friend of mickey_7 says:

    Semoga segala doa dan harapan dimakbulkan yang Maha Esa

  2. Siti Salwani Bte. Musafa says:

    kepada adik-adik tingkatan 3 dan 5, teruskan usaha kalian…..jangan sesekali berputus asa di tengah jalan……tiada siapa pun yang tahu apa yang akan terjadi kepada kalian sebelum kalian tiba ke penghujung pejalanan yang kalian lalui….jangan hampakan mereka yang sentiasa mendoakan dan mengharapkan kejayaan kalian…..masih ada kesempatan untuk kalian terus berusaha dan berdoa…..seterusnya, serahkanlah segalanya kepada yang Maha Berkuasa….semoga kalian dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tenang dan baik, seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM…..(“,)

  3. En Mus says:

    Itu menjadi doa dan harapan kita bersama. Usaha yang bersepadu dan titipan doa restu diharap dapat membakar semangat para pelajar, dan Allah akan merestui usaha kita itu. Insya Allah…

  4. e-jart96 1active says:

    dalam laman webnye best skitla…kepade abg2 ting 3 & 5 semoge dapat menjawab peperiksan tenang..semoge taget dapat di capai….AMIN & MARUL

  5. cikgu umie says:

    Tahniah buat ibu bapa yang meluangkan waktu untuk menghadiri majlis yang mulia ini. Masing-masing berdoa demi untuk kejayaan anak-anak. Begitu juga dengan guru-guru tidak jemu-jemu mengatur strategi dan memanjatkan doa demi kejayaan anak-anak. Akhir sekali kami guru-guru hanya mampu bertawakal semoga kerja keras kami selama ini menghasilkan kejayaan yang cemerlang.Namun begitu, semuanya bergantung juga dengan usaha yang luar biasa oleh para pelajar serta binbingan dan doa restu dari ibu bapa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s