SALAM AIDILFITRI – PESANAN UNTUK SEMUA

Oleh  : Mustaffa Siraj

Aildilfitri kian menghampiri kita.  Sidang Blog SMKPS ingin mengucapkan selamat Hari Raya, maaf zahir batin.Beberapa pesanan berikut wajar diberi perhatian oleh anda semua:

  • Rancang perjalanan anda dengan hati-hati. Jika membabitkan perjalanan jauh, pastikan anda mempunyai rehat yang cukup dan tidak mengantuk. Jika mengantuk, berhentilah di hentian sebelah lebuh raya
  • Janganlah terkejar-kejar untuk sampai segera ke destinasi. Ingat, kelajuan boleh membunuh. Kesilapan kecil semasa memandu, boleh mengakibatkan kemalangan.
  • Periksa kenderaan anda. Tayar mesti berbunga. Enjin telah diservis.Brek dan klac dalam keadaan baik. Kita tidak mahu kereta anda tersadai dan anda tidak sampai ke destinasi.
  • Ops  Sikap yang dilancarkan kerajaan akan memantau pengguna lebuh raya. 2,000 penguat kuasa (PDRM dan JPJ) akan mengawasi lebuh raya. Pesalah tidak akan terlepas.
  • Rancang perbelanjaaan anda. Jangan boros atau berbelanja sesuka hati.. Kita bimbang anda pokai selepas beberapa hari beraya.
  • Pulanglah ke kampung untuk menjenguk ayah, ibu dan keluarga. Mereka menanti kepulangan anda. Duit Raya jangan dilupa untuk mereka.
  • Janganlah beraya di depan TV aje. Walaupun pelbagai rancangan menarik disediakan, sewajarnya amalan kunjung-mengunjung diteruskan. Dapat bermaaf-maafan dan bertanya khabar berita.
  • Bermain mercun adalah dilarang. Dah tengok gambar mangsa akibat bermain mercun? Ada yang buta mata dan putus jari… Menyesal kemudian tidak berguna.
  • Jangan lupa menziarahi pusara mereka yang telah meninggal dunia. Sedekahkan al-Fatihah kepada mereka
  • Kalau makan ketupat rendang dll tu, janganlah berlebihan. Bimbang seminggu Raya, berat badan dah bertambah 10 kilo.. Jangan membujur lalu melintang patah…

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s