PEMBERIAN DUIT RAYA….

Semua ceria di Aidilfitri

Semua ceria di Aidilfitri

Oleh  : Mustaffa Siraj

Duit Raya  seperti sudah menjadi satu kemestian pada Hari Raya Aidilfitri. Wang yang dimasukkan ke dalam sampul duit  berwarna-warni ( disediakan oleh bank, pusat membeli-belah dan syarikat persendirian) itu menjadi idaman dari yang kecil hingga yang sudah besar.

  • Umumnya wang berkenaan diberi kepada kanak-kanak hingga kepada mereka yang belum berkahwin dan masih ditanggung keluarga. Wang diberi oleh ibu bapa, ibu/bapa saudara , datuk/nenek serta orang yang lebih tua.
  • Kadar pemberian berbeza-beza. Pada tahun 1970-an, kadarnya 5 sen atau 10 sen. kadar semasa ialah minimum 50 sen hingga ke puluhan ringgit. Berdasarkan pertanyaan rambang, tidak ada masalah besar bagi seseorang untuk mendapat duit Raya sebanyak RM300, malahan yang rajin boleh mendapat sehingga lebih seribu ringgit. Keluarga terdekat biasanya memberi lebih duit Raya kepada anggota keluarg atau saudara mereka sendiri.
  • Bagi sesetengah kanak-kanak, mereka ada matlamat untuk mengumpul duit Raya, misalnya untuk membeli Play Station, MP3 dan telefon bimbit. Mereka sanggup pergi ke lebih 20 buah rumah sehari untuk tujuan itu.
  • Ada kanak-kanak yang terlalu obses mengumpul duit Raya hingga terus minta duit Raya dari tuan rumah. Mereka juga tidak menjamah kuih atau minuman terhidang. Ada pula yang sanggup datang beberapa kali ke rumah yang sama, terutama  di rumah yang memberi wang Raya yang lebih banyak.
  • Pemberian duit Raya dirasakan tidak menjadi kesalahan. Tuan rumah biasanya telah menyediakan peruntukan untuk itu dan mereka mahu menderma dan menggembirakan orang yang datang beraya. Jika anak yatim atau anak tunggal dalam keluarga, mereka  beri lebih sedikit.
  • Yang penting, ibu bapa hendaklah mengajar anaknya supaya tahu berterima kasih kepada mereka yang memberi duit Raya. Juga tidak memaksa tuan rumah supaya beri duit Raya. Juga supaya menjaga akhlak ketika beraya.
  • Ibu bapa juga patut tidak menyerahkan bulat-bulat kepada anak-anak  dari segi penggunaan duit Raya yang mereka dapat . Wajar untuk ibu bapa memasukkan sebahagian besar wang berkenaan ke dalam akaun bank anak-anak mereka.
  • Kita tidak mahu kanak-kanak membelanjakan wang untuk tujuan tidak berfaedah, misalnya membeli rokok, berjudi atau berbelanja secara boros.
  • Apapun, berilah duit Raya ikut kemampuan.  Niatkan untuk sedekah atau menderma dengan seikhlas hati…

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s