PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BP MELAWAT KE SMKPS

Oleh  :  Mustaffa  Siraj

BATU PAHAT, 29 September ,(SMKPS) – Pegawai Pelajaran daerah Batu Pahat, Tuan Haji Shapie Mohd Sharif telah melakukan lawatan pendek ke SMKPS pagi ini. Beliau diiringi oleh Penolong Pegawai Pelajaran daerah, Tuan Haji Othman Ismail.

Dalam lawatannya kali ini , beliau mengadakan  pertemuan dengan guru-guru yang mengajar Tingkatan 3. Beliau menyeru guru-guru berkenaan supaya dapat memfokuskan pelajar ke arah mengurangkan kesilapan dan meningkatkan motivasi pelajar ke arah kejayaan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) minggu hadapan.

Sebanyak 244 pelajar Tingkatan 3 SMKPS akan menduduki peperiksaan PMR, yang berlangsung dari 7 hb Oktober hingga 14 Oktober. Mereka terdiri daripada 102 pelajar lelaki dan 142 pelajar perempuan.

Tuan Haji Shapie Mohd Sharif  turut membuat pemantauan di kelas-kelas Tingkatan 3 dan pemantauan di sekitar sekolah. Lawatan beliau ini telah dapat meningkatkan motivasi guru dan pelajar ke arah mengusahakan kejayaan lebih cemerlang untuk sekolah ini.

Diharapkan dalam baki masa selama 8 hari sebelum PMR ini, guru dan pelajar dapat menggandakan usaha dan meningkatkan keyakinan dalam menghadapi ujian besar tidak lama lagi. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

2 Responses to PEGAWAI PELAJARAN DAERAH BP MELAWAT KE SMKPS

  1. cikgu umie says:

    Cikgu doakan semoga semua beroleh kejayaan yang cemerlang. Ingat..Jangan lupa berdoa dan bertawakal selalu.
    Buat pelajar-pelajar 3 Aktif..lepas ni tak dengar lagi dah cikgu berleter. Ingat dan keluarkanlah segala ilmu yang telah cikgu turunkan selama ini. Jangan lupa masukkan frasa indah , kosa kata luas, peribahasa dan cogan kata dalam karangan.Good luck.

  2. Siti Salwani Bte. Musafa says:

    all the best to all of you…..(“,)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s