PASUKAN BOLA SEPAK VETERAN BP BERSEDIA HADAPI PONTIAN AHAD INI

Para pemain sedang mendengar peneranga jurulatih BP, Encik Zainal Md Zin

Para pemain sedang mendengar penerangan jurulatih BP, Encik Zainal Md Zin (berdiri)

Berita dan gambar oleh: Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 1 Oktober, (SMKPS) – Pasukan Bola Sepak Veteran MSKPP Batu Pahat bersedia menghadapi daerah Pontian di peringkat separuh akhir Liga Veteran JPNJ yang akan berlangsung di padang SMK Tinggi, Batu Pahat Ahad ini.

Jurulatih Batu Pahat, Encik Zainal Mohd Zin giat membimbing dan melatih pemain dalam sesi latihan yang berlangsung di padang SMK Seri Gading petang tadi.

“Pemain bersemangat tinggi, cuma latihan baru dimulakan semula selepas  berehat pada bulan Ramadan dan  Aidilfitri. Namun kesungguhan pemain diharap dapat diterjemahkan dengan persembahan mantap Ahad ini, sebagai bekalan sebelum berkunjung ke Pontian minggu berikutnya”

“Fokus kita adalah untuk mencipta kejayaan pada Ahad ini dan saya yakin pemain kita mampu melakukan kejutan. Walaupun menyedari kemantapan Pontian, namun kita tetap akan mencuba sedaya upaya”

P1010806

Pengerusi Bola Sepak Veteran Batu Pahat, Puan Hajah Salbiah Maskan turut berada di padang untuk memberi sokongan. Beliau turut memberi kata-kata perangsang kepada para pemain.

” Pegawai Pelajaran daerah Batu Pahat, Tuan Haji Shapie Mohd Shariff amat berharap agar pasukan Veteran BP mampu mencipta kejayaan pada kali ini, sekaligus dapat memberi mata berharga kepada  MSKPP Batu Pahat secara keseluruhan”

“Pemain-pemain perlu menggandakan usaha untuk memberi persembahan terbaik dan menjaga makan minum terutama semasa menghadiri jamuan Raya dan majlis Marhaban yang masih berterusan.”

FOKUS.. Pemain sedang mendengar arahan jurulatih

FOKUS.. Pemain sedang mendengar arahan jurulatih

Sidang blog SMKPS mengucapkan selamat bertanding kepada pasukan Batu Pahat. Semoga beroleh kejayaan!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s