244 PELAJAR SMKPS DUDUKI PEPERIKSAAN PMR BERMULA HARI INI

oleh  : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 7 Oktober , (SMKPS) –  244 orang pelajar Tingkatan 3 SMKPS mula menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), yang bermula hari ini.  Pada pagi ini mereka mengambil kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 manakala pada sebelah petang untuk kertas Pendidikan Islam.

Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan berharap para pelajar akan  menjawab dengan tekun dan memberikan jawapan yang terbaik sepanjang peperiksan itu, iaitu dari 7 Oktober hingga 13 Oktober. Beliau mendoakan kejayaan para pelajar dalam peperiksaan itu.

Sehari sebelumnya, diadakan majlis Restu Ilmu untuk mereka. Encik Mashudi Md Said telah berucap mewakili guru-guru. Beliau mengimbas kehidupan pelajar  Tingkatan 3 itu sejak mereka di Tingkatan 1. Persembahan power point Encik Mashudi berjaya menarik perhatian guru dan pelajar.

Pengetua dan guru-guru kemudian bersalaman dengan para pelajar Tingkatan 3  sebagai tanda ucap selamat menduduki peperiksaan dan tanda merestui ilmu yang telah dicurahkan. Sebahagian pelajar dan guru berasa terharu  dan  berharap kejayaan menjadi milik pelajar SMKPS .

Sidang blog  SMKPS ingin mengucapkan selamat berjaya kepada para pelajar dan berharap para pelajar dapat memberi fokus kepada peperiksaan. Pelajar pula diseru supaya  banyak berdoa  kepada Allah demi kejayaan anak mereka.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

3 Responses to 244 PELAJAR SMKPS DUDUKI PEPERIKSAAN PMR BERMULA HARI INI

  1. friend of mickey_7 says:

    good luck and do all your best,.

  2. Siti Salwani Bte. Musafa says:

    the best of luck to all of you…..

  3. cikgu umie says:

    Alhamdulilah kertas BM dah selesai..ok juga soalan tu. Tak susah sangat.harap-harap pelajar-pelajar boleh menjawab. Teruskan berdoa dan bertawakal. Moga kejayaan bersama kalian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s