MAJLIS KUNJUNGAN AIDILFITRI DAN MARHABAN GURU SMKPS BERLANGSUNG MERIAH

Segak bergaya dihari lebaran

Segak bergaya dihari lebaran

oleh  Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 11 Oktober, (SMKPS) – Majlis  Marhaban dan Kunjungan Aidilfitri Guru-guru SMKPS berlangsung seperti dirancang pada hari ini dan semalam. Ia disertai kira-kira 100 guru dan keluarga masing-masing.

Pada hari semalam, rumah guru yang dikunjungi ialah rumah Puan Zaimah Sahar, Tuan Haji Rahim Anis, Cik Mosnah Tamsir, Puan Nor Ziyana, Encik Razak Abdul Rahman dan Encik Mustaffa Siraj.

Marhaban mengeratkan silaturrahim antara warga SMKPS

Marhaban mengeratkan silaturrahim antara warga SMKPS

Pada hari ini, rumah yang dikunjungi ialah rumah Tuan Haji Ramlan Pit, Encik Roswadi Dagang, Puan Idayati Rahim, Puan Bibah Tumin, Puan Rashidah Harun Encik Razif Bukhari dan Mazlita Masri.

Pelbagai menu telah dihidangkan sepanjang dua hari ini, antaranya nasi ayam, lontong, laksa Johor, mi Jawa, mi sup, nasi kerabu, sate, roti jala, nasi tomato dan mi spagheti.

Di samping dapat  bermarhaban dan membuat kunjungan Raya, aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan sesama guru dan merupakan sebahagian aktiviti tahunan Kelab Bilik Guru SMKPS.

Hidangan enak dan lazat dijamu kepada tetamu

Hidangan enak dan lazat dijamu kepada tetamu

Pengerusi Kelab Bilik Guru SMKPS, Encik Norhisham Khalid melahirkan rasa puas  hati dengan sambutan ahli Kelab Bilik Guru dalam program pada tahun ini. Beliau berharap akan lebih ramai guru dapat mengambil bahagian pada tahun hadapan.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

4 Responses to MAJLIS KUNJUNGAN AIDILFITRI DAN MARHABAN GURU SMKPS BERLANGSUNG MERIAH

  1. 5664 says:

    Ok…juga bila ada marhaban..ni..dapat merapatkan silaturahim.aku antara orang yang tak pernah ketinggalan.

  2. ingin tahu says:

    NE G CIKGU2 PELATIH?

  3. smkta says:

    Ya.. marhaban dan kunjungan beramai2 dah jadi budaya di Johor.. Tapi Dan 722 cepat sesuaikan diri dan diterima dalam kalangan kami… Harap tidak lupakan program sebegini dan kalau ada kesempatan, boleh join lagi tahun hadapan.
    Tapi setahun lagi, tak tahu pulak Dan 722 di mana…

    En Mus

  4. DAN 722 says:

    Akum.
    1. Tahniah diucapkan kepada semua warga SMKPS kerana Majlis Kunjungan Aidilfitri dan Marhaban berjaya sebagaimana yang dirancangkan

    2.Pengalaman pertama kali dalam hidup saya, yang tak ada dinegeri sebelah pantai timur, Majlis Marhaban dan kunjung-mengunjung. Saya begitu asyik dan terpesona

    3.Pertama kali juga dalam hidup saya mendengar alunan selawat dari pelbagai jenis lagu. Contohnya Aci-aci bukak pintu, Cindai, Seroja, D’llyod (Keagungan Tuhan), Renjis-renjis dipilis, Selimut puteh dan banyak lagi lagu yang diperdengarkan. Sampai sekarang masih lagi terngiang-ngiang ditelinga saya

    4. Korang semua memang best.

    5. Terima Kasih kepada semua warga SMKPS kerana menerima diri saya ini dengan seadanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s