MRSM BATU PAHAT JUARA PIALA WARISAN 2009

Pengetua SMKPS sedang menyampaikan piala johan keseluruhan kepada Encik Ahmad Sharif Atan, Setiausaha Sukan MRSM

Pengetua SMKPS sedang menyampaikan piala johan keseluruhan kepada Encik Ahmad Sharif Atan, Setiausaha Sukan MRSM

Gambar dan Foto  oleh : Mustaffa Siraj/Amir khan

BATU PAHAT, 15 Oktober, (SMKPS) –  MRSM Batu Pahat muncul  johan keseluruhan dalam Kejohanan Piala Warisan 2009 yang berlangsung di padang SMKPS hari ini. Pasukan lain yang mengambil bahagian ialah SMKPS, SMK Dato Sulaiman, SMK Dato Onn dan SMK Semerah.

Piala Warisan adalah pertandingan  lima penjuru yang membabitkan SMK Penghulu Saad, SMK Dato Onn SMK Dato Sulaiman, SMK Semerah dan MRSM Batu Pahat. Pertandingan ini meliputi permainan Bola sepak, Bola Jaring, Sepak Takraw dan Bola Baling , yang membabitkan pelajar Tingkatan 1. Untuk guru, mereka bermain Pentanque.

MRSM menjadi johan dalam permainan Bola Jaring dan Bola Sepak. SMK Penghulu Saad menjuarai permainan Bola Baling manakala SMK Dato Onn menang dalam pertandingan Sepak Takraw. Hadiah pertandingan disampaikan oleh Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah  Maskan lewat petang tadi.

Dalam ucapannya, Puan Hajah Salbiah Maskan melahirkan rasa gembira atas semangat kesukanan dan kesungguhan semua pasukan dalam semua pertandingan yang dijalankan. Beliau menghargai komitmen semua pihak yang menjayakan pertandingan kali ini.

Pasukan Bola Baling SMKPS bersama Encik Mustaffa, Ustaz Ihsanudin   dan  Encik Mashudi (kanan)i

Pasukan Bola Baling SMKPS bersama Encik Mustaffa, Ustaz Ihsanudin dan Encik Mashudi (kanan)i

Walaupun SMKPS gagal mendapat juara keseluruhan, kejayaan pasukan Bola Baling di bawah kendalian jurulatih, Encik Mashudi Md Said, Haji Rahman Ithnin, Encik Norhisham Khalid dan Puan Rosliza Jaafar memang dapat dibanggakan, kerana pasukan SMKPS  memenangi semua  4 perlawanan dan menang dengan selesa sekali. Dapat juga membawa pulang satu piala permainan.

Setiausaha Sukan SMKPS, Tuan Haji Norman Ibrahim melahirkan rasa puas hati atas penganjuran SMKPS pada kali ini. Walaupun SMKPS gagal merebut kejuaraan, beliau berpendapat saingan pada kali ini amat sengit dan berharap pasukan SMKPS akan dapat menebus kehampaan pada tahun hadapan.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

9 Responses to MRSM BATU PAHAT JUARA PIALA WARISAN 2009

  1. AmAD says:

    iRFAN _aLIF_RIdwan_azam_aop_APIS

  2. AmAD says:

    kalau nak lawan,buat surat prlawanan (friendly match).

    – JUARA PIALA WARISAN 2009(MRSM BP)

  3. AmAD says:

    kalau nak lawan,buat surat prlawanan (friendly match).

    -aop s

  4. Ah Meng says:

    mrsm bp mmg power la beb…
    sapo nk lwn kami nie mai lar dtg pdg kmi…
    walaupun badan kecik
    kmi pon bleh main

    klo nk lwn ngan sklh mrsm niee..
    antr ler srt k…( friendly match)

    all the best from the best!!!!

    bdk bola sepak – JUARA PIALA WARISAN 2009

  5. ejat says:

    smkps mmg byk kngn…aku plyer bola piala warisan thn 2001,kmi klh sbb pdg kt dato onn cm sawah…he2 pe2 pn team bola baling mmg dr dlu mntp….ckgu mshudi ble nk turunkn ilmu 2 kat sy…he2 all the best smkps!!

  6. sahrul says:

    ada lg piala warisan ni ek..

    aku salah sorg football team player sekolah ni dr thn 1990 smpi 1994…

    ingat lg traning lari ikut track merentas desa kua masuk hutan…akhirnya team yg digeruni gak ler U15 & U18 even tak pernah champion

    tq cikgu rosli

  7. ameer says:

    tahniah kpd team bola baling n coach……
    u all mmg hebat gler!!!!

  8. cikgu umie says:

    Kesefahaman satu team amat penting untuk kejayaan..tapi tak pe..

  9. fikri says:

    boleh laaa… janji dpt juara dlm satu pertandingan drpd x dpt… tahniah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s