BOLA SEPAK VETERAN MSKKP JOHOR: BATU PAHAT TEMPAT KETIGA

CEMAS.. Aksi di hadapan pintu gol Mersing. Batu Pahat (Biru) sedang mengasak

CEMAS.. Aksi di hadapan pintu gol Mersing. Batu Pahat (Biru) sedang mengasak

Berita dan foto  oleh: Mustaffa Siraj/Mohammad Aiman

BATU PAHAT  25 Oktober   (SMKPS)  –  Pasukan Bola Sepak Veteran MSKPP Batu Pahat mendapat tempat ketiga setelah mengalahkan daerah Mersing 3-1 di padang SMK Tinggi, pagi tadi.

Batu Pahat memdapat gol awal menerusi gerakan solo Mohd Fadzil Kasmadi, namun disamakan kedudukan oleh Mersing pada akhir separuh masa pertama.

Lagi perebutan bola  pemain Batu Pahat dan Mersing

Lagi perebutan bola pemain Batu Pahat dan Mersing

Pada separuh masa kedua, Batu Pahat menggandakan asakan dan mendapat 2 gol menerusi Mohd Fadzil Kasmadi dan Mohd Daud Ahmad. Kedudukan kekal hingga masa penamat.

Pengerusi Bola Sepak Veteran Batu Pahat , Puan Hajah Salbiah berpuas hati dengan permainan pasukan Batu Pahat, yang turut melepaskan beberapa peluang baik di separuh masa kedua.

PEGAWAI PASUKAN  BATU PAHAT... En Mustaffa Siraj  dan Encik Zainal Mohd Zin

PEGAWAI PASUKAN BATU PAHAT... En Mustaffa Siraj dan Encik Zainal Mohd Zin

Jurulatih Batu Pahat , Encik Zainal Mohd Zin, menganggap keputusan perlawanan sebagai wajar walaupun Batu Pahat sepatutnya berpesta gol. Persembahan mantap pemain Batu Pahat pagi ini  menandakan pemain-pemain sudah serasi antara satu sama lain dan beliau mengharapkan kerjasama ini diteruskan pada tahun hadapan.

Sebelum pulang, pemain-pemain telah dibawa  makan tengah hari di Restoran Pokok Sena, Jalan Bakau Condong.  Berjumpa lagi tahun hadapan!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

One Response to BOLA SEPAK VETERAN MSKKP JOHOR: BATU PAHAT TEMPAT KETIGA

  1. Siti Salwani says:

    congratulation……(“,)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s